Khamis, 24 November 2011

sempurna itu mustahil untuk kita, tapi kita boleh cuba.

kawan aku yang baru kahwin cakap,

"ko tau tak, kalau ko dah kawen nanti kan, ko kena kalah doh. ko kena kalahhh je"
"ha?"
"nanti kalau dia dah sedar nanti ko cakap 'baru tau??'" (sambil senyum bangga)
"hahaha"

perempuan itu seperti tulang rusuk. jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya.


Isnin, 31 Oktober 2011

Jumaat, 21 Oktober 2011

tinggilah dinding yang membatas, dalamlah jurang di antara kita

tidak ada sedikit pun 'lebih kurang' dalam akidah. dan tidak mungkin syirik didamaikan bersama tauhid.




aku berlindung (dengan nama allah) daripada syaitan yang direjam,

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,

katakanlah: "hai orang-orang kafir,

aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,

dan kamu bukan menyembah tuhan yang aku sembah,

dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,

dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah tuhan yang aku sembah,

untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.





p/s: tegak bulu roma aku dengar imam masjid wilayah baca surah ni masa solat jumaat tadi.

Selasa, 27 September 2011

muslim fundamentalis

'saya adalah muslim fundamentalis. ini bukan kali pertama saya mengaku sebagai seorang fundamentalis. ada akhbar (media) di amerika telah 16 tahun melaporkan saya sebagai seorang fundamentalis. bagi mereka, fundamentalis adalah orang yang ekstrem, yang tidak rasional, yang mungkin terlibat dengan kegiatan-kegiatan terorisme. tapi bagi saya, seorang muslim fundamentalis berarti berpegang hanya kepada asas islam, yakni al-quran dan hadis yang shahih.

kalau kita pegang asas ini, saya yakin umat islam tidak akan terpecah dan tidak akan keliru. kenapa kita berpecah dan keliru sekarang ini? kerana selama 1400 tahun terdapat banyak penafsir islam. dan tentu tafsiran mereka berbeza satu sama lain. jika tidak, mengapa diantara 1.5 miliar umat islam dunia terdapat begitu banyak mazhab dan sebagainya. kita tahu bahawa nabi muhammad (saw) hanya membawa satu islam.' - mahathir mohamad, artikel: menjadi muslim fundamentalis, islam mazhab tengah, 2007.




p/s: adakah sama pemikiran dr asri dan tun mahathir? :)

Ahad, 25 September 2011

wawasan 2020

baru-baru ni, aku ada design exhibition booth untuk carl-zeiss. so kenalah tau sikit-sikit background pasal company ni.

tiba-tiba aku terjumpa 'vision 2020' yang company lens yang terkenal ni libatkan diri.

'VISION 2020 is the global initiative for the elimination of avoidable blindness, a joint programme of the World Health Organization (WHO) and the International Agency for the Prevention of Blindness (IAPB) with an international membership of NGOs, professional associations, eye care institutions and corporations.'

aku tersenyum bila teringat apa yang aku baca dari blog sanusi junid, dulu,

'...beliau (tun dr mahathir) telah memanggil saya dan bertanya 'you know what is 2020?' saya jawab 'yes ... the spectacles' kerana saya teringat kedai cermin-mata 20 20 di tepi MAHA klinik. tun berkata 'ok...... make sure the logo for merdeka day reads twenty-twenty and not two thousand and twenty'. arahan itu ialah kerana saya bertanggungjawab menyiapkan logo hari merdeka sebagai pengerusi jawatankuasa hari kebangsaan.

maksud tun dr. mahathir dengan wawasan 2020 ialah 'wawasan atau penglihatan yang jelas'. jika mata kita diperiksa oleh doktor mata dan kedua belah mata bacaannya 20 20 maka kita tidak perlu pakai cermin-mata kerana pandangan kita tidak kabur. berertilah wawasan 20 20 ialah 'wawasan yang jelas' dan seseorang yang berwawasan yang jelas dapatlah membangun negeri dan negara dengan cepat dan menguntungkan rakyat.'

tetapi sekarang kita tidak memahaminya seperti itu, kita bukan lupa, tidak pernah tahu kerana tidak minat. bercakap tentang halatuju yang jelas, mengenai pelaksanaan hukum hudud, kita masih tidak nampak dimana perancangan ke arah itu. kita sepatutnya ada wawasan ke arah itu juga. walaupun undang-undang itu menurut sesetengah ulama dan menteri masih belum sesuai dilaksanakan, kita patut ada 'penglihatan yang jelas' juga ke arah itu.

mungkin ada betulnya cadangan perkasa untuk menaik taraf jakim dari hanya sebuah jabatan, kepada kementerian agama islam seperti yang dibuat di brunei. ini mungkin langkah-langkah yang baik bagi mewujudkan suasana kondusif, supaya tertegaknya hukum allah di dalam negara ini, yang majoriti islamnya hanya lebih sedikit dari 50%. insyaallah.

p/s: dap, mca dan gerakan mengeluarkan bantahan keras kepada hudud yang rasionalnya, mereka perlu dibantah keras pula oleh umat islam di malaysia. masalahnya, pas atau umno, kedua-duanya ada kepentingan politik. bezanya dap lebih kuat dari mca. tetapi pujian adalah untuk pas khususnya nik aziz kerana kesungguhan dia. cuma, perbincangan ilmiah antara tokoh-tokoh agama perlu berjalan dengan lebih inklusif. dan hal-hal lain yang lebih utama juga perlu diselesaikan terlebih dahulu. seperti soal akidah dan perpaduan.

Sabtu, 24 September 2011

risiko mestilah berpadanan dengan manfaatnya

'but protests are still going on (after all explanation on lynas). the only conclusion one can make is that the protests are political. no matter how many investigations and studies are made the protest will go on. it is not about danger to health. it is about defeating the government in the coming election.' - tun dr mahathir



aku ingatkan isu ni dah habis. rupanya masih dijadikan modal dap dan pkr untuk raih simpati. hidup ni kenalah berprinsip. kerana yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.

Jumaat, 23 September 2011

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

"kamu orang-orang Islam di malaysia, jumlah kamu hanya sedikit (lebih sikit 50%). kamu tak mampu berpecah kepada pelbagai aliran. bila berpecah aliran, biasanya berlaku perpecahan politik. memang benar apabila ulama kamu menekankan aliran mazhab shafie dan aswj sebagai tunjang masyarakat." - pensyarah uiam dari iraq

Selasa, 20 September 2011

berlaku adillah!

'Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbezaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbezaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.' - Tun Dr. Mahathir, 1994.



'Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya. Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa.' - Dr. Asri

'Dirikanlah negara Islam terlebih dahulu di dalam hatimu, nescaya ia akan bertegak pula di tanah airmu.' - Syaikh Al-Albani

p/s: aku tak pelik kalau ramai orang tak nak ambil pendapat dr asri yang ini, tapi yang lain ambil dengan seronok. sedih kan? hanya ambil ikut apa kita suka, bila menyebelahi yang kita suka. kesian. berlaku adillah, kerana itu lebih dekat pada takwa. renungi kata-kata umar abd aziz kepada anaknya 'jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak sebanyak dua kali dan mengharamkannya pada kali yang ketiga, dan aku takut untuk membawa kebenaran secara total lantas mereka (rakyat) meninggalkannya secara total, maka berlakulah fitnah.'

Ahad, 18 September 2011

rokok; bodoh atau menipu diri II

'kajian terbaru di amerika syarikat (AS) mendapati lelaki yang berjaya berhenti merokok mempunyai kesihatan seksual lebih baik berbanding mereka yang kembali merokok selepas cuba berhenti.' - akhbar sinar

haha. berhenti teruslah bro....

'muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan islam kerana padanya terdapat kemudharatan.' - jakim

p/s: ada kawan aku cakap, kenalan dia, mualaf, merokok time puasa. alasan dia 'aku ikut mazhab aku, hisap rokok ni boleh time puasa, dia udara.' haha. rokok tu je da haram, ko nak hisap rokok time puasa pulak.

Sabtu, 17 September 2011

perjuangan nasionalis melayu-islam ada pada bapak-bapak kita.

“kalau tanah melayu ini misalnya, mengikut hak asasi dan hak asal dipunyai oleh bangsa melayu, maka tentu salah hendaknya ada bangsa lain yang bernafsu jahat untuk merebut dan menjadikan negeri ini hak bangsanya pula. tiap-tiap bangsa di dunia ini berhak pertahankan hak bangsanya sendiri. soal mempertahankan hak sesuatu bangsa itu bukanlah soal perkauman, itu soal bangsa” - dr. burhanuddin el-helmi, mesyuarat agung pas ke 12, 1964.

inilah apa yang dimaksudkan dr. mahathir bila dia cakap 'pas sekarang tidak lagi pas ustaz zulkifli, burhanuddin al-helmi, asri muda.'

'jika yang dimaksudkan dengan fahaman nasionalisme ialah kabilah seseorang dan bangsanya, adalah orang yang paling utama mendapat kebaikan dan kebajikannya dan orang yang paling berhak mendapat ehsan dan usaha jihadnya, maka fahaman nasionalisme dengan makna ini juga sesuatu yang haq (benar)' - hasan al banna

p/s: aku saja tulis ni sebab semalam aku baca harakah, ada tajuk 'komunisme, nasionalisme bertentangan dengan islam'. sedih. kalau benci dengan umno pun, janganlah sampai semua benda berkaitan umno tu diharamkan. lagipun, bukankah pas itu sendiri berasal dari tulang rusuk umno? pas dari hizbul muslimin? pkmm? eh, tu semua pun nasiolis jugak....

Khamis, 15 September 2011

ideologi orang muda

dulu before aku masuk universiti, aku dah start menyibukkan diri dalam dunia 'underground scene'. macam-macam jenis manusia aku dapat jumpa.

masa tu, aku cuba untuk mengasingkan, antara musik dan ideologi. aku pernah buat satu presentation yang cuba membuktikan 'music is just music'. no more.

tapi setelah aku lihat dan fikir lama, ternyata aku salah.

music comes with attitude. itulah sebenarnya.

ini terbukti oleh diri aku sendiri, contohnya masa aku sekolah, aku sangat cenderung pada musik keras, trash metal, death metal...segala jenis metal la. sedikit sebanyak mempengaruhi attitude aku.

mungkin musik yang pengaruh aku atau attitude aku yang mempengaruhi musik yang aku pilih. aku rasa, dua-dua betul.

kata seorang kawan yang aku kagumi, 'musik ni makanan jiwa...'.

musik memang makanan jiwa. kalau kau pilih yang merosakkan, mungkin jiwa kau akan sakit.

atas sebab ini juga aku memilih untuk tidak 'makan' terlalu banyak musik. menjaga diet. ambik hanya yang berkualiti.

ada orang kata 'musik ni subjektif, memang la kau tak suka, tapi orang lain suka'. hahahaha. memanglah, hanya designer yang tau satu-satu design tu berkualiti atau tidak. kan?

*sigh*

musik memang mempengaruhi attitude, juga cara fikir dan faham kita. dalam dunia underground misalnya, ideologi politik haluan kiri, komunisme, nazi, satanism dan sebagainya memang ada. kerana memang itu salah satu punca adanya underground scene. kerana mahu memperjuangkan satu-satu jenis musik dan ideologi yang mereka bawa.

kalau di malaysia ni, pemikiran orang tua kita agak hati-hati dan konservatif, mungkin sampai bila-bila pun musik keras seperti metal tak akan diterima aliran mainstream. yang peliknya, musik yang terang-terang promote seks bebas semua tu, senang je orang terima.

tapi scene underground malaysia ada perubahan bila budak-budak bodoh tak tahu apa banyak dalam scene. pelapis hanyalah perosak. kesian.

dan scene underground ni memang banyak ideologi pelik-pelik. aku antara yang tergolong dalam golongan ni jugak, dulu la. haha.

eh apa aku membebel ni. baca ni. mungkin kau akan faham.

p/s: tiba-tiba aku teringat kes carburetor dung kena pukul kat stadium kelana jaya. alahai.

Rabu, 14 September 2011

i might be wrong.



I might be wrong
I might be wrong
I could have sworn
I saw a light coming on

I used to think
I used to think
There is no future left at all
I used to think

Open up, begin again
Let's go down the waterfall
Think about the good times
And never look back
Never look back

What would I do?
What would I do?
If I did not have you?

Open up, let me in
Let's go down the waterfall
Have ourselves a good time
It's nothing at all
Nothing at all
Nothing at all

p/s: adakah aku terlalu yakin?

Ahad, 11 September 2011

kita selalu bercakap tentang kebebasan, tanpa mengetahui dimana batas-batas kita.

1. lecturer aku cakap 'there is no such thing as total freedom!'

2. aku rasa inilah masalah orang muda, yang tak suka untuk tahu tentang batas-batas kebebasan.

3. "...dan janganlah kamu melampaui batas. sesungguhnya allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."

Selasa, 6 September 2011

pejuang-pejuang kemerdekaan negara mestilah dihormati II


p/s: interpretasi sejarah ini mungkin betul, mungkin tidak. yang penting kita harus belajar sesuatu darinya. (video ini dikeluarkan 2tahun lalu.)

Isnin, 5 September 2011

sang bulan

dimana bulan?
litupan awan,
malam yang hitam,
meratap sepi,
menanti lagi.


dimana bulan?
dimana ia?

mungkin nanti,
kembali di awal malam nanti,
ke akhir malam menemani,
kerana yang sejati itu abadi,
yang akhirnya hanyalah mati bererti.


-sang matahari, 14 julai 2011

Sabtu, 3 September 2011

pejuang-pejuang kemerdekaan negara mestilah dihormati

1. mat sabu kata mat indera adalah pejuang kemerdekaan.

2. memanglah, semua yang menentang british ketika itu, dengan mudah ditabalkan pejuang kemerdekaan.

3. dari satu sudut ada betulnya kenyataan mat sabu. tentang pejuang-pejuang kemerdekaan itu tak hanya datang dari umno, adalah kenyataan yang kita semua harus terima.

4. tokoh seperti dr. burhanuddin el-helmi adalah tokoh yang sangat patut kita tahu sumbangannya. aku personally sangat mengagumi beliau.

5. namun, siapa pula mat indera ini?

6. kebetulan pula, abah aku orang kampung mat indera ini.

7. kata abah, dia komunis, orang dulu-dulu cakap dia kebal. polis dapat tangkap dia pun lepas bagi minuman memabukkan, dan cabut tangkal dari badannya. orang dulu percaya dia kebal.

8. pejuang kemerdekaan? yang sebenarnya, orang muar dahulunya memang mengagungkan mat indera ini, kerana percaya dia kebal dan sebagainya. kata abah, "tapi dia komunis!"

9. belajarlah sejarah dari banyak sumber. aku sememangnya tak menafikan sejarah 'aliran mainstream' ini melebihkan pejuang umno sahaja.

10. lebih elok rasanya kalau kita cuba bersangka baik dengan mengatakan 'mereka juga adalah pejuang kemerdekaan, tapi telah memilih jalan yang salah'.

11. hal ini aku lihat sama sahaja dengan apa yang ada hari ini. ulama muda umno, misalnya, mahu 'mentarbiah' umno dari dalam, secara perlahan, dengan kesabaran walaupun ditentang dari luar dan dalam. sesiapa mungkin sahaja merasakan usaha ini terlalu perlahan; 'sampai bila nak sabar?!'.

12. jadi, kerana merasakan terlalu perlahan dan bertolak ansur, kita berpisah dari jemaah. mungkin kerana merasakan lebih keras itu bermakna lebih berprinsip. mungkin juga. tapi hanya mungkin.

13. biarlah kita bersikap adil, terhadap mereka yang penuh kepentingan dalam perjuangan.

14. aku kecewa kita sedaya upaya cari titik perbezaan, dan tebalkan pula ia. dimana perlaksanaan kata-kata 'berlapang dada dan mencari titik persamaan'?

Rabu, 31 Ogos 2011

taqabballahu minna wa minkum

1. salam aidilfitri, selamat kembali kepada fitrah dan selamat meraikan kemenangan.

2. atas sebab apa sekalipun, hari ini, tak perlulah kita bersedih, kerana kita dituntut untuk keluar bersama yang lain bergembira, mempamerkan kekuatan dan perpaduan.

3. mohon maaf salah silap, minta halal semuanya. kerana setiap anak adam itu banyak melakukan kesalahan, maka beruntunglah bagi mereka yang bertaubat.

4. juga selamat hari merdeka. semoga kita tidak lupa bahawa kita hanya baru merdeka 54tahun, tetapi sudah dijajah selama 446tahun.

Selasa, 23 Ogos 2011

optimis pada kesatuan hati umat melayu

1. kadang-kadang kita menjadi buta dengan hal sekeliling. sampai mempertahankan hak bangsa sendiri dikatakan rasis.

2. kepada kau yang tak lagi punya jatidiri, pernahkah kau lihat orang melayu rasis pada cina atau india yang baru memeluk islam? adakah melayu itu setia pada warna kulitnya?

3. tahukah kau kenapa kita sering berkelahi dengan agama lain? kerana melayu itu, islam syarat pertama dan utamanya. tidakkah kau mampu melihat?

4. tapi rupanya kita juga suka berkelahi sesama sendiri. aku tak hairan. kerana melayu mudah lupa.

5. 60 tahun itu taklah terlalu lama, tapi ia seperti sudah jadi cerita purbakala. tak ingat dan tidak pula mahu ingat.

6. mudah sungguh untuk taasub. bila tokohnya tidak rapatkan saf ketika solat, dikatakan, kau tak layak menegur! kau itu berada dalam saf pun tidak!

7. astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...alangkah bagusnya kalau kau mampu bersikap adil walau dengan siapa sekali pun.

8. mufti perlis pernah menjelaskan pihak yang menentang penyatuan umno dan pas itu sebagai pengkhianat islam; khawarij. ketika itu kita dapat lihat dengan jelas siapa yang melenting.

9. sebenarnya, yang harus kita tinggalkan adalah golongan ekstrem dari kedua-dua belah parti.

10. aku optimis pada penyatuan umno dan pas, suatu hari nanti. insyaallah.

11. ada yang kata perpaduan melayu itu bukan perpaduan islam. dan dengan mudah membiarkan melayu berpecah kerana lebih mementingkan perpaduan islam kononnya.

12. siapa orang islam di malaysia ni?

13. sedarlah bahawa di tanah melayu ini, kebaikan untuk umat melayu ini sebenarnya adalah kebaikan untuk islam juga.

14. kerana itulah dulunya aku merasa bagus jika pas menang dan bentuk kerajaan pusat, supaya dia tidak lagi lihat perpaduan melayu sebagai 'pas masuk umno'. sebaliknya, kita benar-benar bersatu.

15. dan pas akan dapat tempat yang banyak walaupun telah bersatu.

16. tapi,pkr? dap?, keadaan sekarang buat aku ragu-ragu. dan aku sangat benci pada keraguan.

17. kata bekas rektor uiam, nasionalisme (kebangsaan) sebagai sentimen yang semula jadi, cinta dan kesetiaan kepada tanah air sendiri adalah konsisten (selari) dengan semangat islam dan menggerakkan semangat untuk menghalang penjajah kuasa luar dengan apa cara sekalipun. ini adalah selaras dengan konsep izzah (kehormatan diri sendiri) yang ditujukan allah dengan firmannya “al-izzah ialah untuk allah dan pesuruhnya dan yang beriman kepada allah, tetapi orang munafik itu tiada mengetahui.”

18. juga kata bekas yang dipertua pas, dr burhanuddin el-helmi, islam memandang kebangsaan sebagai alat dan bukan sebagai tujuan. kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan boleh sebagai satu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu baginya tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana islam memandang dunia bukan tujuan, tetapi hanya suatu alat atau tunggangan untuk menyampaikan ke akhirat.

Rabu, 10 Ogos 2011

istighfar.

1. melihat hal-hal umat islam di malaysia ni, aku kesian. melayu makin layu, islam makin terancam.

2. golongan agama berbalah, kalau dulu, kenapa gawat? kenapa krisis? jawapannya sebab tak rujuk al quran dan hadith yang sahih.

3. sekarang, sudah rujuk yang sahih jugak dikatakan pendapatnya palsu. anehnya, setiap kali mereka dikritik, tidak pun berhujah dengan menyatakan dengan jelas hadith-hadith sahih yang dibawakan mereka. kemudian, barulah kritik kenapa hujah mereka palsu sedangkan hadith itu sahih.

4. sebenarnya yang utama adalah, untuk tidak bersatu.

5. sudahlah..........jangan cuba ubah, sebab memang dah tak boleh dah. jangan sesekali.

6. yang penting kita jatuhkan, hancurkan. lawan tetap lawan! reformasi!

7. kerana, mereka itu kezaliman. hancur mereka, hancurlah kezaliman.

8. kezaliman pada siapa? kezaliman kepada rakyat minoriti, kerana yang majoriti itu orang pakistan dan bangla.

9. kerana tiap-tiap kali pilihanraya, orang pakistan dan banglalah yang menang.

10. istighfarlah.

11. mahu puaskan kepentingan masing-masing, memanglah takkan puas. yang itu mempertahankan kuasa, yang ini mengejar kuasa.

12. umat islam itu sedia lemah, janganlah kita lemah-lemahkan lagi wahai saudaraku.

13. jauhilah ciri-ciri khawarij; memusuhi orang islam lebih dari orang kafir.

14. teruskanlah berdakwah, dengan optimis, dengan yakin, dengan ikhlas.

15. kerana “bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah allah. sesungguhnya allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkannya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.” - ar rad: 11

16. “dan apa saja musibah yang menimpa dirimu, maka yang demikian itu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” - as syura: 30

16. umat perlu terlebih dahulu meninggalkan perlakuan zalim mereka.

17. istighfarlah.

18. mari kita sama-sama bersihkan diri kita sendiri.

19. astaghfirullahalazim.........wallahualam.

Sabtu, 6 Ogos 2011

glory be to allah



ada orang tanya aku,
"camne nak kasi bilik ni nampak besar ah?"
aku jawab sinis,
"kemas."

p/s: belum siap lagi ni... sabar..... puasa dulu... bulan depan, insyaallah... :D

Rabu, 3 Ogos 2011

janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan

"barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebenaran maka terimalah kebenaran itu darinya, meskipun ia adalah orang yang jauh dan dibenci. dan barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebathilan maka tolaklah, meskipun ia adalah orang yang dicintai dan dekat." - ibn mas'ud r.a.

"wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada allah, sesungguhnya allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." -surah al maidah: 8

Sabtu, 30 Julai 2011

rokok; bodoh atau menipu diri

hari tu kecoh pasal 'bir halal', belum apa-apa dah menggelabah. rokok tu dah berapa kali khutbah jumaat dah aku dengar kata haram, rilek je engkau orang. lepas makan, hisap rokok.

kalau ada orang nak anjur demostrasi 'tak nak rokok 2.0', aku paling setuju skali. tuntut kerajaan haramkan jualan rokok pada orang islam. baru betul tak ada unsur politik.

puasa tu menahan diri. tahanlah diri kau dari buat dosa setiap hari, setiap kali diberi rezeki, sekalipun kau mengetahui.

sumber: here

p/s: paling aku benci kalau perempuan hisap rokok. macam nak tumbuk pun ada. kalau lelaki yang rasa nak berhenti tu, tingkatkan usaha anda. sekarang. semoga ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua. insyaallah.

Sabtu, 23 Julai 2011

aku.

melayu johor
telah terlalu banyak kita kehilangan
sawah ladang bertukar tangan
pekan dan bandar kita menumpang
teluk belanga entah ke mana
yang tinggal hanyalah pakaian
sedarah sedaging hampir hilang
yang ada hanyalah setulang
selat tebrau kian sempit
hati rindu jauh tergamit.

di johor,
jawa itu melayu
bugis itu melayu
banjar itu melayu
minangkabau memang melayu
aceh dan siak adalah melayu
jakun dan sakai lebih melayu
arab dan turki pekat melayu
mamak dan malbari jadi melayu
malah muallaf bertakrif melayu.

melayu itu maknanya bijaksana
“jika menipu pun bersopan”
kurang ajarnya tetap bersantun
dajalnya cukup selamba
budi bahasa jangan dikira
beraninya cukup benar
tunduk bila bersalah
“lembutnya cukup jantan”
setia sampai ke kubur
biar mati adat jangan mati sahabat.

anak johor,
luka di tanjung putri
parutnya di parit raja
muka biar berseri
mulut biar berbahasa.

berkelahilah cara melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dalam senyum
marahnya dalam tertawa
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak.

watak melayu menolak permusuhan
jiwa melayu mengangkat persahabatan
kasih sayang kekeluargaan
ringan tulang saling bertolongan
jujur memaafkan, ikhlas memberikan.

berdamailah cara melayu
silaturahim yang murni
di mulut sama di hati
maaf senantiasa bersahut
tangan dihulur bersambut
luka pun tidak lagi berparut.

melayu johor saudaraku yang dikasihi,
dalam kekeruhan ini carilah perdamaian
sifat terpuji setiap insan.

bermuafakat supaya berkat
bersaudara dunia akhirat
berikhtiar dengan tabah
kepada allah berserah.

-karya usman awang di tahun kelahiranku.

p/s: betapa aku merasakan yang diselatan itu lebih dekat padaku. oh kawan, ini indah.

Sabtu, 16 Julai 2011

justifikasi cinta, takut dan harapan

tiada tuhan yang disembah melainkan allah
dan muhammad itu rasulullah

Selasa, 12 Julai 2011

don't just criticize if you dislike something. do your part to change it.

lalu kau terfikir demostrasi, mengutuk mereka, tulis dalam blog, ber'fatwa' di facebook dan mengajak orang mengumpat.

bodohlah.

masih tak berjayakah kau memberi akal pada emosi kau?

Sabtu, 9 Julai 2011

Rabu, 6 Julai 2011

matlamat yang tidak menghalalkan cara

hari ni aku rasa gembira sebab aku tak perlu soal lagi.

hari tu rasa macam nak blah dari kl untuk sementara,
tapi hari ni rasa macam nak pergi stadium je. haha

terima kasih,
terima kasih kerana patuh titah.
sila jaga akhlak dan tingkah laku.
biar dunia tahu orang malaysia sukakan keamanan.

aku bangga dengan korang.

p/s: soalan aku from day 1 adalah "kenapa nak kena buat kat jalan?"

p/s: update: dem kecewa aku baca korang nak buat kat stadium merdeka. agak-agak ar bro....aku nak keluar ah dari kl. dem. down aku. rasa macam nak demontrasi kalau benarkan korang buat kat stadium merdeka. gila. eh, bodohlah semua ni. demontrasi tentang israel lagi bagus la, xhabis2 bunuh orang palestin.

Sabtu, 25 Jun 2011

jika kau mahu ubah masyarakat, mula dengan ubah diri kau sendiri dahulu

baru-baru ni aku ke temasik. serius aku sangat kecewa dengan tanah tu, pernah berada bawah kesultanan islam johor riau. akhirnya, jadi seperti itu.

kemudian aku mula bertanya. kenapa begini? aku percaya ini adalah demokrasi, sedikit sebanyak.

bagaimana kalau kerajaan sekarang membuat pendidikan islam di sekolah-sekolah sebagai optional? bagaimana kalau tiada ipt islam di malaysia? bagaimana kalau masjid tidak lagi melaungkan azan?

sudah tentu masyarakat akhirnya akan melupakan islam. then, you'll know what this democracy can do.

jangan terlalu mengagungkan demokrasi, kerana dialah yang menyebabkan politikus-politikus merasa terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat sekalipun sesuatu perkara itu diketahui kesan buruknya. kalau aku jadi kerajaan dan mahu terus jadi kerajaan, dah tentu aku tak mahu beri pendidikan pada rakyat, tekan mata pencarian, subsidikan semua keperluan, biar hanya bergantung pada kerajaan, then semua jadi bodoh. masyarakat yang bodoh dan terdesak sudah tentu memilih secara bodoh dan terdesak; assumption semata. maka jadilah sebuah negara yang bodoh dan terdesak. nasib baiklah negara ni ada raja.

"dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." - al-an'am: 116

so, demokrasi? think again.

p/s: lagipun dah lama aku fikir demokrasi ni cara yang paling bagus untuk merosakkan negara dengan merasa betul dan bangga. dan diangkat pula oleh masyarakat barat.

Khamis, 23 Jun 2011

temasik i





p/s: baru sekejap aku dah resah rindu gila negara aku. haha. fuh, lengkap semula.

Rabu, 15 Jun 2011

Terapi bunyi

Slowly.
Wait.
Patiently.
There's a way out.

There's a way out.




p/s: dont smoke. dont do drugs. because this is so much better.

Isnin, 13 Jun 2011

tujuan; bagaimana kau boleh katakan kau sudah tersesat, jika destinasinya pun tak kau percaya?

bayangkan kita hanya sebiji bateri,
berada dalam sebuah sistem yang kompleks,
yang memerlukan kuasa yang besar untuk dijana.

sistem ini terlalu sempurna,
mampu menjana semula tenaga untuk kita,
setelah kau kehabisan tenaga, kau akan dicas semula.

jadi, kita adalah penyumbang kuasa,
penting untuk memastikan sistem ini berfungsi sempurna,
walau sedikit, dan terlalu sedikit.

lalu kita merasa seperti kita tiada fungsinya,
sedangkan kita tau,
tiada kuasa, tak mungkin ia menjalankan fungsinya.

...

suatu hari, kita terfikir,
kalau sistem ini sempurna,
mengapa sudah ramai yang terkorban kerananya?

ask yourself,
who made this system?
adakah kita yang membentuk sistem ini?
atau sistem ini yang membentuk kita hari ini?

...

adakah memang sepatutnya,
kita ciptakan sebuah sistem,
dan kita bekerja untuknya,
bukan sistem itu bekerja untuk kita.

memanglah semua salah kita.
kita semua bekerja untuk benda yang sama.

p/s: seorang mak cik aku telah kembali ke rahmatullah hari ini. al-fatihah. bila-bila masa saja mungkin giliran kita.

Ahad, 12 Jun 2011

carilah sesuatu yang benar dalam dirimu

mulakan dengan bertanya,

"apakah benar itu yang kau fikirkan? atau itu hanya apa yang mereka mahu kau fikirkan?"

Selasa, 24 Mei 2011

kata-kata menghapus makna

aku fikir, ada seribu tahun lagi untuk aku hidup membayar budi. masih jauh. aku belum mahu berhenti. mahu mendaki terus ke puncak itu. aku tak mahu apa-apa yang tidak pasti menjadi pemberatku, menarik-narikku penat, sampai tak larat. sebab aku bukan superman macam mereka, boleh terbang kemana-mana, menghapuskan kejahatan, semua orang gembira. ah, aku dengan semua kesalahan aku sahaja sudah terlalu berat untuk dipikul. tapi aku harus daki. kadang tergelincir, jatuh dan dipaksa jatuh. dan bersamaku, ada beberapa hati yang harus aku bawa, dijaga rapi, dipertangungjawabkan aku untuknya. astaghfirullah, betapa tuhan lebih tahu bagaimana aku mahu memeliharanya. tapi inilah aku, hanya seorang manusia ganjil, merasakan dirinya tahu semua dan sentiasa betul.

maafkan aku kerana menjadi diri sendiri.

Ahad, 22 Mei 2011

apabila sesat jalan, balik ke pangkal jalan


when you have lost your way, go back to the beginning. and the beginning of islam is the teachings of the prophet (pbuh) as founded in the quran and the verified hadiths
- tun mahathir, iium.

Sabtu, 14 Mei 2011

kebenaran hanya milik allah, manusia semacam kita ini, hanya ikhtiar.

dulu saya pernah sebut di luar negeri, di sebuah negeri arab, bila saya sebut ayat ini (sesungguhnya allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya), pengerusi ketika itu bertanya,

"how do we know? dimana nak letakkan amanah, pada ahlinya? macam mana kita nak tahu ahli?"

tapi sebenarnya, tak akan allah memberikan perintah, kalau sekiranya kita tidak punyai kuasa untuk mengetahuinya? kita harus tahu. sebab bila ayat itu turun dahulu, orang-orang arab tidak bertanya seperti itu. semua sudah tahu. semua sudah faham.

sekarang orang bertanya soal-soal ini menunjukkan sudah hilang ilmu-ilmu itu, sudah tidak faham dan tidak mengenali tempatnya. - prof datuk dr. syed muhammad naquib al attas

sumber: here

p/s: betapa pentingnya ilmu. kita harus tahu tu.

Isnin, 9 Mei 2011

antara prinsip islamik desain dan elemennya.

p/s: bosan. ish. tunggu la aku letak benda-benda ni kat rumah sewa aku nanti. haha.

Jumaat, 6 Mei 2011

invitation

"...non-muslims, especially the chinese (in malaysia), would not be attracted to islam. this is specially since they can work hard and become successful, whereas the malay muslims are too dependent on governmental help to be successful in the society. "- dr. osman chuah

"...antara kaedah shariat dan hikmah menyebutkan, bahawa, siapa yang banyak dan besar kebaikannya, dan telah menanam pengaruh nyata dalam islam, mungkin saja melakukan kekeliruan yang boleh jadi tidak dilakukan selainnya. orang seperti ini dapat dimaafkan. maaf yang tidak diberikan pada selainnya. sesungguhnya kemaksiatan itu adalah kotoran, dan air bila mencapai dua kolah, tidak membawa kekotoran."- ibn taimiyah, menasihati anak muridnya ibn qayyim.

ref 1: preaching to the non-muslim chinese in malaysia.
ref 2: ikhwanul muslimin: deskripsi, jawapan tuduhan dan harapan.


menjadi seorang melayu muslim yang berjaya adalah dakwah kepada selainnya. perpaduan pula penting untuk memperkasakan islam di malaysia, perlu usaha, susah tapi bukan mustahil. pertolongan allah itu pasti. ketahuilah, serigala hanya memangsa kambing yang memisahkan diri dari kelompoknya.

Jumaat, 29 April 2011

dialah yang menidurkan dan membangunkan kamu dari lena.

dan kepada dialah kita kembali.

p/s: jika aku down kerana tertidur dan terlepas sesuatu yang sangat penting. aku ingat ini. terus lega.

Khamis, 28 April 2011

transisi II

emosi tak mungkin dikalahkan rasional.

"emosi, bila ada, pasti meraja. kawallah, biar rasional yang bersuara."

Khamis, 21 April 2011

transisi

datangnya seorang nasir haris ini, dari wilayah tragis, hiruk pikuk dan penuh cerita sunyi. tapi dia tak pernah serik. mencari itu dan mencuba ini. keputusannya memilih uia sebagai perhentian seterusnya tak didorongi sesiapa, tidak ibubapa, kawan, atau guru. usahanya ini diragui banyak manusia. namun, ketahuilah, manusia ini pernah bertanya pada diri sendiri, "kenapa dengan kau? kenapa kau begini? apa yang kau tiada?". optimisnya dia meyakini keputusannya. bersandarkan pada percayanya dia pada tuhan yang tidak akan pernah putus-putus memberikan rahmat.

kebenarannya, dia hampir berputus asa sebaik sahaja pertama kali berada di uia. pertama kali hidupnya bersua manusia-manusia remeh yang mementingkan diri sendiri. maaf. dia juga berjumpa manusia-manusia yang percaya harga persahabatan itu murah dan suka-suka semata. itulah culture yang ada. sehingga kini, kawannya hanyalah kawan ketika kecilnya. ketika dia tidak pernah kenal erti pentingkan diri, berkira, berprasangka dan iri hati. maaf sekali lagi.

tapi, tidaklah dia merasa manusia-manusia sekelilingnya ini tiada erti. malah, ingin sekali dia berterima kasih kepada yang selalu memberi dan berkongsi. dia juga menyedari perbezaan cara berfikir yang ketara bukanlah salah sesiapa. mungkin jalan berbeza, destinasinya sama.

sehingga kini, belum pernah dia merasa tindakannya memilih uia sebagai satu kesilapan. jauh sekali hanya kebetulan. begitu banyak yang hebat. begitu banyak dipelajari. sama seperti dimana-mana di dunia ini.

...

terima kasih tuhan. terima kasih kalian. untuk sebuah cerita. maaf untuk segalanya. doakan aku tak merasa aku tahu semua dan sentiasa betul.

aku doakan kejayaan buat kalian. insyaallah.

Sabtu, 16 April 2011

perjuangan masih belum selesai

p/s: aku masih tak faham kenapa time2 bosan aku masih buat benda bosan. bosan, kan.

Jumaat, 15 April 2011

every single designed object reflects its designer.




maka, mahu tahu bagaimana merekacipta dengan baik, belajarlah dari yang maha pencipta.

Khamis, 7 April 2011

ketika kau kesempitan, ingatlah, tuhan hanya menguji kita sekadar yang kita mampu sahaja

tuhan pun sudah kata yang kita mampu,
jadi janganlah sesekali kau menidakkan kata-kata itu.

p/s: ingatan kepada diri sendiri.

kamu bukanlah satu dalam sejuta, tetapi satu-satunya dalam dunia.

mungkin juga satu dalam 6.91 billion. haha

Isnin, 4 April 2011

pengalaman adalah keperluan asasi untuk kau mengantisipasi masa depan

dan memang dunia ini terlalu berat bebannya untuk kau pikul.
namun, renungkanlah sejenak apa ertinya keberadaan kau disini.

hikmah. itulah perkataannya. menangislah untuk itu.

tentang masa, daya dan upaya

'nasir, happy tak dengan kerja kamu ni?'
'hm, rasanya boleh lagi ni'
'really? hm, tapi puas tak?'
'haha...boleh lagi ni.'

Khamis, 31 Mac 2011

kamar musafir

vray 1.48. reception area. kamar musafir. mendung. masjid al-ghufran.

dan apabila bongkah-bongkah fungsi bertutur bahasa sunyi moden minimalis, suntiklah ia dengan keindahan ciptaan-nya. biar ia bernyawa. biar ia berwarna.

vray 1.48. night interior rendering. bridal suite. kamar musafir. masjid al-ghufran.

“masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman”

test render v10. night interior rendering. male dormitory. kamar musafir. masjid al-ghufran.

"dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing."

test render v10.1. night interior rendering. male dormitory. on the bunk bed. kamar musafir.

test render v12. night interior rendering. male 3pax. kamar musafir. 3rd floor.

“apabila keluar tiga orang dalam musafir maka lantiklah salah seorang mereka sebagai ketua”

test render v14. female dormitory. washroom. kamar musafir. 4th floor.

jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin syaitan. - ustaz ismail kamus.

p/s: mahu tidur atas katil itu. sekarang. good night. :)

p/s: tsk. aku lupa makan lagi.

Rabu, 30 Mac 2011

masjid keampunan

white clay rendering. facade. vray. 5.30pm. al-ghufran.

test render v3. vray. al-ghufran rooftop. usrah area. 7.30am.

test render v4.1. vray. al-ghufran rooftop. usrah area. 1.00pm.


test render v6. vray. kamar musafir. bridal suite verandah. 5.30pm. al-ghufran

p/s: aku harus start semula kerja ini. tak patut stop kat sini je. :)

p/s: gambar ke-3 tu kira btul2 mase nak masuk waktu zohor. cuaca baik. panas terik. rentung la klu usrah time tu. haha

p/s: bilik tidur pengantin di masjid. macam bes je kalau kawen kat situ. haha

Selasa, 29 Mac 2011

bahasa senibina masjid malaysia

apakah dia 'architectural language' yang ada pada masjid malaysia?

apa beza masjid putra dan masjid negara?

sebenarnya, ini ada kaitannya dengan ideologi politik, keadaan semasa dan bangsa melayu sebagai umat islam di malaysia. dan bolehlah kiranya aku anggap masjid putra itu, masjid mahathir, dan masjid negara pula masjid tunku abdul rahman. kalau rajin, kajilah tentang pertembungan ideologi antara mereka berdua. masjid negara pada masanya adalah antara yang termoden, dan dengan ambitious-nya menerapkan nilai-nilai melayu-islam, mungkin dengan harapan melayu-islam itu akan dipandang tinggi dan diperkasakan di mata masyarakat majmuk di malaysia. terbina ia sebaik sahaja malaysia ini merdeka. aku lebih minat dengan idea yang ini. bandingkan pula dengan masjid putra, masjid ini senibina "klon" dari middle-east. soalnya kenapa? aku percaya ada visi yang jauh di mata mahathir. dia seakan mahu mencerminkan malaysia pada dunia bahawa kita negara islam yang hebat dari nusantara. terlalu ambitious pula. tapi, perlukah kita copy je dari middle-east? mana kita mahu letak warisan genius nenek moyang kita. tidak hebatkah kita kalau senibina melayu kita tonjolkan pada semua bangunan-bangunan kerajaan di putrajaya? atau kita tak akan dilihat sebagai negara islam? lihat saja pejabat perdana menteri di putrajaya, lebih seperti di arab, bukan di malaysia. seperti di dubai, bukan putrajaya. aku masih berharap senibina nusantara yang cantik, yang 'green' dan dekat pada hati user-nya ini, akan diterima dan dimodenkan untuk identiti malaysia yang sebenar.

p/s: tapi ini pendapatku saja.

tentang politik di malaysia

islam memang tak boleh dipisahkan dengan politik, tapi politik kotor, politik lucah, politik fanatik, politik fitnah, politik rasuah, politik perpecahan umat perlu dipisahkan dengan islam. ini pemahaman aku. sila tegur jika salah.

p/s: aku harap ini entri terakhir aku yang berbaur politik di sini. ia tak indah. sungguh.

tentang senibina istac


berkenaan dengan tempat ini, mesti ada keseimbangan – ada simetri. soal keadilan – menempatkan masing-masing pada tempatnya. saya selalu memberikan definisi tentang apa yang dikatakan justice, iaitu meletakkan masing-masing pada tempatnya. dalam islam biasanya semua mesti ada kesaksamaan. simetri itu mesti ada. masing-masing mesti ada perkaitannya. misalnya fountain atau pancutan air di dalam itu mesti berkaitan dengan yang di luar. yang di luar itu pun mesti ada perkaitan pula dengan tembok ini, atau tiang itu, atau tingkap di sana. jadi, masing-masing ada perkaitannya. semua sekali ada pertalian antara yang satu dengan yang lain. mesti ada alignment ke mana. tidak ada yang tersendiri saja begitu. itu yang kadang-kadang kontraktor silap buat.

itu satu. nombor duanya, kita bawa pula beberapa aspek lain seperti mesti ada air, mesti ada kebun, mesti ada sungai. dalam quran pun dikatakan “tajri min tahtihal anhar”, mengalir di bawahnya sungai-sungai. walaupun tidak ada apa-apa, air mesti ada di situ. banyak ahli arkitek islam moden sekarang memikirkan bahawa yang dikatakan functional itu mesti ada guna. jadi dia bertanya, fountain ini untuk apa? untuk diminumkah? dia tidak sedar bahawa guna itu tidak bererti mesti boleh diminum atau digunakan untuk air sembahyang. kalau seseorang yang memandangnya mendapat rasa senang pun, sudah ada gunanya. jadi kalau ada bunga-bunga pun, itu pun fungsional. lihatlah rumah orang melayu di kampong, mesti ada bunga. kalaupun tidak ada bungan lain, ada bunga kertas. kalaupun tidak harum, warnanya ada. pokok pisang pula ditanam di belakang rumah. bunga-bunga ditanam di depan. tetapi sekarang banyak orang menanam pokok pisang di depan. pokok kelapa pun ditanam di depan rumah. itu tak betul. - prof. syed muhammad naquib al-attas

p/s: inilah antara islamic design contoh. aku harap budak2 yang panggil aku cikgu islamic art dalam studio tu baca lecture aku yang ini. hahaha. ak tak hebat, ini hebat. tapi kalau kau tak pernah dengar tokoh ni, aku kecewa. aku down sama kau. haha

p/s: dulu aku penah baca buku tulisan al attas ini sendiri, membincangkan tentang senibina. aku lupa tajuk buku tu. aku nampak dari segi luaran memang seperti alhambra. tetapi pengisian itu tidak cukup sekadar luaran. kalau kau fikir floral motif, geometric pattern itu cukup untuk islamic design, samalah seperti kau cakap karpal singh dah alim bila kau nampak dia pakai jubah dan serban. nampak islamic kan? haha. contoh je la.

p/s: aku fikir, ada baiknya aku lebih menulis tentang senibina, muzik dan perkara-perkara yang aku tidak terlalu jahil. astaghfirullah.

doakan aku tidak merasa aku tahu segalanya dan sentiasa betul

Isnin, 28 Mac 2011

distraksi II

*hati ranap*

tepilah awan!
aku mahu lihat bulan itu.

...

*hampa*

mana dia,
lama aku tercari-cari.

malam, tolong bunuh aku sekarang.

Sabtu, 26 Mac 2011

hidup atas satu garis linear

perbualan dua orang kawan. kawan dengan ertikata kawan yang sebenar.

"weh aku rasa orang macam aku kan, tak layak doh ambik degree"
"haha. pahal lak?"
"wei...lain gila doh."
"haha."
"aku rasa aku dah sedar dah sekarang"
"haha.bodoh."
"ni aku tengah fikir ayat camne nk bgtau harun (ni nama bapak dia). dia ingat aku steady je agaknya.haha"
"haha."

"eh kau lepas habis ni kau terus keje ke rehat dulu?"
"tu la, aku tengah fikir lagi ni"
"ah kau nak rehat apa, aku tengok lepak je, tidur main game, tidur main game"
"otak kau...aku buat keje la bodoh.."
"ah kau, buat keje sikit je pun...haha"

"wei habis nanti kau nak kahwin camne doh?"
"ah, tak nak aku fikir."
"kepala hotak kau, lama kot kau nanti hidup dengan bini kau bodoh."
"haha..aku dah fikir dah sebenarnya, tu terus jadi tak nak fikir tu.haha"
"hahahaha...bongok sial kau"
"gila kau, mana nak dapat duit bodoh"

tak perlu berusaha tipu diri sendiri dengan perkataan "aku boleh". seharusnya kau bina kepercayaan pada diri sendiri. bahawa kau memang boleh.

kau hanya perlu buat yang terbaik, dan kau akan dapat yang terbaik. biarpun yang terbaik itu adalah yang paling teruk. dunia ini adil.

dan jika kau itu optimistik, katakanlah, masa depan itu adalah sekarang.

dan ketahuilah, realiti itu hanyalah gabungan persepsi-persepsi ciptaan kau sendiri.

Rabu, 23 Mac 2011

Assumption


pagi. breakfast. kat tingkat bawah ada orang bela arnab. sangkar.

"kesian arnab ni sejuk..."

"kau pernah makan arnab?"

"haha. tak payah nak makan arnab sangat"

"aku pernah makan"

"rasa dia macam mana?"

"macam makan kucing"

Selasa, 22 Mac 2011

Decoy

Joseph Goebbels, Propaganda Minister of the Third Reich

a decoy is usually a person, device or event meant as a distraction, to conceal what an individual or a group might be looking for. decoys have been used for centuries most notably in game hunting, but also in wartime and in the committing or resolving of crimes.
- wiki

Khamis, 17 Mac 2011

Jika aku diberi pilihan memilih perdana menteri sekarang, aku mahu doktor itu.

dan aku pasti aku bukan berseorangan.

Jika ada yang masih mencurigai pandangan saya (Tan Sri Sanusi Junid) mengenai Tun Dr. Mahathir mungkin elok juga saya nyatakan apa yang disampaikan sendiri oleh Presiden Musharraf dari Pakistan kepada saya di waktu beliau menghadiri Persidangan OIC yang diadakan di Putrajaya dari 11 hingga 18 Oktober, 2003, iaitu 13 hari sebelum Tun Dr. Mahathir menyerahkan kuasa kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Oktober, 2003. Kata Presiden Musharraf 'You have to tell Mahathir that the delegates to the last conference of OIC decided to bring this year's conferene to Kuala Lumpur because they would like to hand over the leadership of OIC to him, and not to Malaysia. We chose Malaysia because we want Mahathir to lead us, not just anybody from Malaysia.'

Saya tanya 'All leaders of OIC countries?'

'Yes all, not one exception. Please tell him not to step down from being the Prime Minister. He should stay for more years to lead the OIC. Please do us a favour.' Saya tidak sampaikan rayuan Presiden Musyarraf kepada Tun Dr. Mahathir kerana saya mengetahui Tun Dr. Mahathir tidak akan berganjak dari keputusannya.

p/s: tak tahu kenapa aku rasa sedih gila masa baca artikel ni. astaghfirullah...

Ahad, 13 Mac 2011

distraksi

jangan dakap malam dengan luka,
jangan bocor wahai hati,
seperti mengharap yang tiada,
padahal ia ada, di sini.

.

aku ada.
comot sekali.

.

jaga diri.

Rabu, 9 Mac 2011

aku rasa nak penyepak perempuan yang asyik mengada-ngada, tapi aku kesian.

sebab tu aku tak banyak kawan perempuan.

Selasa, 1 Mac 2011

nafsu mengambil masaku laju, sehingga tiada lagi waktu untuk setiap satu.

Saat itu nanti, saat angin berhenti, saat benar-benar sunyi, aku pasti aku akan menyesal dengan masa ini.

Ahad, 27 Februari 2011

Khamis, 24 Februari 2011

tiada agama yang benar selain agama islam

"Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang mengatasi amalan- amalan semata (mere practice) dan ibadat (ritual) semuanya terpusat atas kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan kita kembali. Tetapi terdapat pemimpin-pemimpin agama tertentu di dunia yang terus menerus membuat dakwaan yang eksklusif (exclusivist claims) yang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi (the eternal truths) berbanding dengan penerimaan terhadap kebersamaan (commonality) yang boleh mengikat di antara kita. Kalaulah kita menerima bahawa (kita) boleh menjadi kesatuan dalam kepelbagaian, maka pluralisme agama adalah satu tenaga penyatuan tersebut, (dan) bukannya faktor perpecahan. Itulah jalannya untuk kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih sayang dan kebaikan"

"Saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan tentang pluralisme agama untuk berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral apabila seseorang itu berkata kepada orang lain yang mereka mempunyai sistem kepercayaan lain (yang lebih benar) daripadanya:
Kami beriman kepada Tuhan kami dan kami percaya kami benar, anda percaya kepada Tuhan anda, tetapi apa yang anda percaya adalah tidak benar".

"Tetapi saya katakan tanggunglah, sesungguhnya, kita mesti lakukannya, ia merupakan realiti sebenar di dunia kita hari ini, bahawa golongan-golongan agama tertentu menganggap hanya ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke arah jalan keselamatan (salvation). Pandangan yang ekslusif ini (yang mengangap hanya satu agama sahaja benar), malangnya telah tersebar secara meluas dalam hubungan antara agama-agama dan juga di kalangan mereka yang sama agamanya". - Anwar Ibrahim, London.

pluralisme agama.

wahai orang pas, nasihatkanlah manusia ini. bukankah kalian golongan yang suka menasihati pemimpin secara terang-terangan? dalam hal ini, tak perlu terang-terangan?
semoga manusia ini diberi hidayah. insya-allah. aku yakin dan pasti dalam pas masih banyak ilmuan yang mampu bersuara dalam hal ini. bersuaralah!

isu akidah. pastinya lebih utama dari politik.
jika satu hari nanti anwar ibrahim ini jadi perdana menteri malaysia, apakah ia suatu kebaikan?

p/s: hal seperti inilah yang selalu mengecewakan aku dengan pas. maaf. ia selalu. ia berlaku setiap kali aku ingin bersama mereka dalam menegakkan agama ini.

we are forceful against the disbelievers, merciful among ourselves

"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan ‘asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman."

Rabu, 9 Februari 2011

akhir...

optimis itu yakin pada harapan yang ada

Selasa, 8 Februari 2011

...bukanlah engkau berkuasa memaksa mereka

I pray and hope that the people who had suffered so much under the old regimes and suffered more in their present struggle will be rewarded with Governments that they had dreamed off.- chedet

Ahad, 6 Februari 2011

Paradise?

“And give good news (O Muhammad) to those who believe and do good deeds, that they will have gardens (Paradise) in which rivers flow....” (Quran 2:25)

“Never mind what God has told you; what He has not told you is even greater.” (Saheeh Muslim)

Kecantikan itu hanya cantik ketika tiada setitispun riak di dalamnya

“No one will enter Paradise who has an atom’s-weight of pride in his heart.”

“What if a man likes his clothes to look good and his shoes to look good?”

“Allah is beautiful and loves beauty. Pride means denying the truth and looking down on people.”

Khamis, 3 Februari 2011

Anjing yang kurus, bagi makan sampai gemuk, dia gigit kita balik

And hold fast, all of you together, to the Rope of Allah, and be not divided among yourselves, and remember Allah's favor on you, for you were enemies of one another but He joined your hearts together, so that , by His grace, you became brethren, and you were on the brink of a pit of Fire, and He saved you from it . Thus Allah makes His Ayah clear to you, that you may be guided. - Al Imran, 103.

Rabu, 2 Februari 2011

cerita dongeng

pada suatu hari, berlakulah sebuah revolusi di malaysia. umat islam sedang begitu marah kerana sebuah gereja yang serupa dan sama rekabentuk luarannya dengan masjid persekutuan malaysia di bina di sebuah kota dan negeri yang majoritinya islam. segalanya hampir serupa. di dalamnya ada mimbar, mehrab, barisan saf mahupun tempat wuduk. walaubagaimanapun, air ditempat wuduk itu dikhabarkan telah ditukar dengan holy water, sejadah-sejadah adalah dari bulu khinzir, malah, tulisan-tulisan menggunakan khat tuluth didalamnya itu adalah doa-doa kesyirikan yang bertentangan dengan ajaran islam. pihak gereja membawanya ke muka pengadilan, yakni mahkamah sivil. mereka menang. umat islam terpecah dua kerana fahaman politik dengan kadar sama banyak. yang pertama tidak membenarkan secara mutlak atas alasan ia mengelirukan dan mengundang masalah jangka masa pendek juga panjang. yang kedua membenarkan atas alasan islam itu adil,bertolak ansur dan tak berlaku zalim pada orang bukan islam. mereka mengenakan syarat gereja itu mestilah ditulis besar-besar padanya "ini rumah ibadat hanya untuk orang kristian". namun mereka enggan. golongan yang bertolak ansur tadi, sekali lagi bertolak ansur dengan alasan di arab, gereja juga ada dijadikan masjid tanpa ada masalah. malah, mereka menolong pihak gereja dan mengatakan "teruskanlah perjuangan kamu, kerana itu hak kamu" dan "jangan peduli orang islam yang menentang, mereka itu saja mahu tunjuk hero" serta "mereka yang menentang itu bukan kuat agama pun". pihak gereja seolah-olah tidak percaya dan berasa begitu gembira kerana ada antara umat islam menyokong mereka. mereka juga berjanji untuk mengundi parti golongan tersebut. dan oleh itu, mereka teruslah menggunakan rekabentuk yang serupa dengan masjid persekutuan itu sebagai gereja mereka tanpa sebarang masalah. revolusi tadi yang hanya mewakili segelintir umat islam di malaysia itu pun gagal. selepas 40 tahun, berkali-kalilah kejadian orang islam terkeliru dan beriktikaf di gereja tersebut tanpa disedari. diantara mereka telah mengamalkan doa-doa kesyirikan disana sebagai amalan hidup mereka dan lebih teruk, mereka telah dikristiankan selepas terminum air holy water. pihak gereja gembira kerana angka murtadin di kawasan tersebut meningkat mendadak. seorang tua ditanyakan oleh cucunya,

"atok, kenapa "masjid" tu orang datang tak tutup aurat?"
"yang mana? oh itu, tak silap atok tu gereja rasanya."
"aik, kenapa guna bentuk mcm tu nak buat gereja?"
"kenapa tak boleh? kan kalimah allah pun kita bagi diorang guna. takkan rekabentuk sahaja pun tak boleh. kalau rekabentuk tu lagi penting dari kalimah allah, syiriklah kita yang lebih pentingkan benda-benda kecik yang lain."
"oh...patutlah ada sorang kawan kt sekolah tu, ada tatu nama allah kat tangan dia. pastu bapak dia pakai rantai emas nama allah atas salib. pastu kan, ada kawan sorang lagi cakap bapak dia kristian, mak dia islam. takpelah, dua-dua tuhannya allah kan? samalah...."

image source: wikipedia

mendengar kata-kata itu, si tua itu menangis kekesalan kerana dialah diantara golongan ahli politik yang bertegas dahulu untuk membenarkannya meskipun mengetahui ia akan menimbulkan kekeliruan yang nyata kerana perkara seperti ini amatlah asing bagi masyarakat disitu khususnya. sedarlah dia akan kebodohannya ketika menyokong tanpa meneliti natijah dari perbuatannya, sedangkan rasulullah s.a.w. memperuntukkan masa selama 13 tahun bagi usaha dakwah baginda di mekah untuk memastikan akidah umatnya benar-benar selamat dan tepat. dia juga menyesal kerana secara tidak disengajakan telah meletakkan politik kepartian itu lebih utama dari kesucian agama. walaupunbegitu, nasi telahpun jadi bubur. sekarang berusahalah dia dan saudara islam yang lain untuk meyakinkan generasi akan datang bahawa allah yang orang kristian pakai bukan allah yang kita sembah, bahawa allah yang mereka imani adalah allah yang beranak, beristeri, penat dan tua. soalnya, mampukah dia? oh, marilah kita semua maafkan dia dan tolong dia. kasihan.

“Orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada engkau". [Surah Al-Baqarah: ayat 120]

p/s: wahai diriku sendiri, katakanlah yang benar meski ia pahit sekalipun.

Isnin, 31 Januari 2011

Mutiara di Lautan Luas II


Aku pernah menulis ini dulu.

Hari ini aku kembali bertanyakan tentang ikhlasnya seorang manusia.
Jadi, inilah sifat ia.
  • takut kemasyhuran
  • menuduh diri sendiri
  • beramal secara diam-diam, jauh dari liputan
  • tidak memerlukan pujian dan tidak tenggelam oleh pujian
  • tidak kedekut pujian terhadap orang yang memang layak dipuji
  • berbuat selayaknya dalam memimpin
  • mencari keredhaan Allah
  • menjadikan keredhaan dan kemarahan kerana Allah, bukan kerana kepentingan peribadi
  • sabar di sepanjang jalan
  • berasa senang jika ada yang bergabung
  • rakus terhadap amal yang bermanfaat
  • menghindari ujub (berasa puas terhadap amalannya)
  • membersihkan diri pujian dan sanjungan
“Dia lebih mengetahui tentang (keadaan) kamu, ketika dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih dalam janin perut ibumu. maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa.” (an-najm: 32)

“cukuplah seseorang disebut buruk jika dia mencela saudara muslimnya.” (hr imam muslim)

source: fit-thariq ilallah: an-niyyah wal-ikhlas, yusuf al-qaradhawi

p/s: lihatlah diri sendiri, wahai diri sendiri