Khamis, 30 Disember 2010

Pandanglah segalanya daripada Allah, dengan Allah dan kepada Allah, berpegang teguh dengan syariat dan hakikat.

Berpautlah pada tali Allah, sekuat-kuatnya, dan janganlah pulang, tapi kembalilah.

"Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan “Gold Dinar Economy” kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia. Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC. Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata. Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar? Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan." - Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS

p/s: “Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-dua kumpulan tersebut adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” - Sahih Muslim – hadis no: 157

Rabu, 29 Disember 2010

Pertama itu utama

"Bagi mereka (amerika/barat), fundamentalis adalah orang yang ekstrem, yang tidak rasional, yang mungkin terlibat dengan kegiatan-kegiatan terorisme. Tapi bagi saya, seorang muslim fundamentalis berarti berpegang hanya kepada asas islam, yakni Al-Quran dan hadis yang sahih. Kalau kita pegang asas ini, saya yakin umat Islam tidak akan terpecah dan tidak akan keliru. Kenapa kita berpecah dan keliru sekarang ini? Karena selama 1400 tahun terdapat banyak penafsir Islam. Dan tentu tafsiran mereka berbeda satu sama lain. Jika tidak, mengapa di antara 1.5 miliar umat Islam dunia terdapat begitu banyak mazhab dan sebagainya. Kita tahu bahwa Nabi Muhammad saw hanya membawa satu Islam."
- Mahathir Mohamad, Islam Madzhab Tengah.

Selasa, 14 Disember 2010

Setiap hari

‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari fitnah Al-Masih Dajjal.’

Khamis, 9 Disember 2010

Dirgahayu Dr. Mahathir

Sejak kau katakan dirimu tetap akan bersara
rakyat hampir serentak tergamam, sekeluarga,
dengan tekun cuba membaca keganjilan abjad,
ingin secermatnya menyelam kocakan isyarat-
bermula dari langkahmu semenjak dua dekad,
dari awal diseragamkan waktu yang keramat,
meninggalkan kegoyahan tahta kota Melaka,
meluru ke sejarah baru di Putrajaya.

Mulanya kau tukarkan derasnya isyarat masa-
seluruh negara tiba-tiba rasa degupnya.
Dan serentak pula kau dorongi pandang ke Timur,
kau sedarkan begitu mulanya visi yang makmur,
kau tegur sejarah Eropah berhati penjajah
dan gesa rakyat agar segera menginsafinya.

Kau seorang pemimpin paling sering mengejutkan
sehingga dalam panas kami mudah kesejukan
dan dalam sejuk tiba-tiba kami kepanasan.
Kau seperti damai menyaksikan kami terkejut,
kau ransang kami jadi juara–jangan takut.
Daki gunung, lawat Antartika, rayapi benua,
rentasi samudera dan saingi berniaga-
segala yang puncak-selalunya itu kau pinta.

Kau pengingat bangsamu yang sering benar pelupa,
penyedar satu perjuangan yang belum selesai,
juga penghayat tanah airmu yang sungguh damai.
Kau sempat menjadikan ramai manusia gigih,
di alaf damai, mereka menyemai benih ilmu
di musim permai mereka membisik kasih syahdu.
Kau gelorakan kejutan yang sebesar-besarnya,
dan mendorong rakyat menjerit “boleh” segalanya!
Kutahu, kau sentiasa benci kerja yang bebal,
lebih kau sanjung tiap pencapaian yang global.

Kau terlalu gemar mencabar setiap yang payah,
menyedarkan bangsa, itulah antara caranya,
meningkat taraf, menebus maruah dan anehnya,
kau memungkinkannya dengan cara yang istimewa.
Dengan resepi bancuhan amat luarbiasa,
ramuan asli dari rempah satu citarasa,
dan dengan tangan dan mata yang selalunya cerah,
dapur bangsa menyedia sajian peribadi-
demokrasi lazat dengan zat tersendiri.

Telagah dan teguranmu juga tajam berduri,
malah dalam sekam yang sebu pun terjelir api.
Dan dalam arus diplomasi dunia terkini,
selalunya kau berdiri cekal depan sekali,
lancang bersuara sepejal peluru khursani,
tanpa pengkalis, sebab, pengkalisnya kau sendiri.
Kawan-kawanmu sesekali dalam percobaan,
yang akrab terkadang meloncat juga sebelah lawan.
Dan kau memang seorang yang amat keras menghukum,
serkadang yang patah amat payah sungguh dicantum.
Memang ada yang sentiasa ingin membencimu,
dan sesekali, soal bahasa yang mampu, aku juga begitu.
Tapi, bakti yang lain wajar jua dikira,
pemimpin tak semua benar, tak semua salah.
Dan dalam sedikit gulana resah batin bangsa,
aku tetap menerimamu pemimpin berharga.
Memang kau telah berjaya menyumbang banyak bakti,
menjadi amat payah untuk sekadar membenci,
apalagi yang diragukan lebih teka-teki.

Tampaknya kau tahu dimana stesen berhenti;
sejauh mana pula pemimpin harus berlari.
Dan di antara stesen, kau sedia bersepi-
menilai masa lalu dan menyukat masa kini.
Kau berhenti ternyata sebelum dirimu mengah,
meninggalkan secebis peta dalam ribut kencang
dengan megah di sisi kibaran Jalur Gemilang.
Disayang dibenci, kau harumi taman pertiwi;
dibenci disayang, hikayatmu juga berseri.

Kau penguji sanubari dengan minda berkira,
Dan dengan lidah dan hati yang belajar berimbang.
Sayang, tidak semua tali pacu yang dapat diregang,
maklum di mana pun pasti ada kuda yang garang.
Tapi, kau pujangga siasah berpeta pusaka,
berkeris dan berperisai tangkas hampir serentak,
merenjis mutiara kata yang payah ditolak.

Tentunya kau masih berada di dalam kawasan,
merintih dan menyangsi ataupun memerhatikan.
Aku percaya, dalam serba musim dan cuaca,
kau tidak pergi-hatimu tetap tegap di sini.

- Dirgahayu Dr. Mahathir, A. Samad Said, Bangsar Utama Kuala Lumpur

Jumaat, 3 Disember 2010

family itu keluarga