hidup aku adalah sebuah revolusi. perjuangan penuh transisi tanpa henti, sampai mati. darah mentah ini tak pernah takut pada perubahan. tiada yang begitu teruk dengan putus asa. sebuah pengakhiran hanyalah sebuah permulaan yang baru. kita yang pilih untuk pulih.
ya aku akan mula semula. seperti selalu, seperti yang biasa. tidak ada yang luarbiasa. aku tetap aku. dari versi ini, ke versi yang lagi satu.
aku akan cipta yang baru.
terima kasih untuk semuanya. hari ini kau adalah masa silam, tidak lagi masa depan yang aku genggam.
'in the war, there is no room for pity, kill or be killed' - asp. zabri abdul hamid.
sempena hari pahlawan ini, marilah kita bersyukur, berterima kasih dan mendoakan mereka yang berjuang untuk agama, bangsa dan negara ini kebaikan. insyaallah.
oh ya, selepas tengok video tu, tolonglah jangan sangsi lagi. janganlah terlintas dalam fikiran kita yang mereka ni 'anjing british' atau pengkhianat. itu sangat sensitif buat mereka, keluarga mereka dan sesiapa sahaja memahami perjuangan mereka.
komunis dulu tu sememangnya bangsat. cuma adanya tokoh-tokoh kita terlibat sama dengan komunis kerana kurangnya medium untuk mereka berjuang memerdekakan malaysia, dan yang menyedihkan, ia juga kerana perbezaan ideologi politik dalam berjuang. tersalah langkah mungkin. hakikatnya, mereka sama sekali tidak menganuti fahaman komunis bangsat itu. wallahualam.
p/s: manusia sensitif dan marah jika benda yang kita pegang, yang kita percaya, jati diri kita, dihina. itu normal. macam aku ambil gambar mak ayah kau, aku pijak. kau marah kan? walaupun banyak juga cakap mak ayah kau yang kau tak ikut. faham?
adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. maka, boleh jadi sama rata itulah sebenarnya zalim.
seperti seorang yang kaya raya dan pakar dalam pelaburan, diberi modal untuk perniagaan dari kerajaan sebanyak rm100k. dan seorang lagi remaja kampung yang tidak pernah diberi pendedahan akan pelaburan, juga diberi jumlah yang sama.
apakah budak kampung ini mampu bersaing dengan seorang pakar yang sudah sedia ada kayaraya itu, tanpa sebarang bantuan seperti latihan dan pendedahan lain?
kita perlu bantu orang yang perlukan bantuan. sebab itu ada kuota dan sebagainya. ini bukan diskriminasi. diskriminasi sebenar adalah menyamaratakan hal yang akhirnya hanya memihak kepada golongan elitis dan orang kaya.
hal ini seperti, ada yang mahu kontrak kerja kerajaan dibuka juga untuk bukan bumiputera di malaysia. sedangkan mereka ada sektor swasta. walaupun sektor swasta dikatakan dibuka untuk semua, tapi hakikatnya, adakah antara kontrak itu yang dapat kepada bumiputera? tidak, kerana mereka tidak sebagus syarikat bukan bumiputera. jika tidak ada, jadi bagaimana. bagaimana kita mahu bantu orang yang tidak ada pengalaman ini bersaing dengan orang yang sudah pakar? bagaimana? mestilah mahu bantu dia dengan beri pengalaman dan peluang bukan? takkan kita nak paksa orang cacat tak ada kaki naik tangga macam orang lain.
cukuplah. jangan terpengaruh dengan ideologi2 barat. benar, siapa yang rebut peluang, dia yang akan dapat. tapi sebelum itu, bantulah mereka untuk tahu bagaimana untuk rebut peluang itu. kita tidak mahu ada kasta dalam negara ini, lebih-lebih lagi jika ia berpaksikan kaum. negara pasti akan huru hara. percayalah tidak ada yang untung melainkan musuh kita apabila negara ini huru hara.
oklah. ini apa yang aku perhatikan. kalau di tempat kerja kargo, secara amnya, taukey2 memang cina, india manager, melayu jadi orang2 suruhan. tak percaya, pergi tengok sendiri. kenapa? kerana, orang melayu tak pandai. lagi-lagi nak kena cakap english. memang india lah yang jadi manager. melayu jadi agen2 yang akan kawtim dengan kastam. senang kerja sebab kastam tu melayu. faham? inilah realiti. itu pun ada orang mengamuk english digunakan untuk matapelajaran sains dan metamatik. aduhai orang melayu...
p/s: dia telah berjuang untuk orang islam di malaysia, dia telah berjuang untuk orang islam di seluruh dunia. semoga allah memberkati dan mengampuni segala kesalahan2nya.
lagu jiwang pertama yang dihasilkan oleh metallica adalah 'fade to black'. salah satu lagu metallica yang mampu mengembalikan nostalgia hidup aku. ia sebahagian dari ramuan sejarah hidup aku. itulah nilainya.
kira-kira lebih 13 tahun lalu, apabila dunia aku gelap diselubungi masalah, lagu ini punyai daya yang cukup untuk memaksa jiwa aku mengalirkan air mata. masih tak pernah aku lupa riff outronya, seakan-akan kuda yang berlari pantas mengeluarkan aku dari realiti yang mengecewakan. aku terbayang seperti ada gesekan violin indah yang tidak pernah berhenti mengeringi larian iramanya. tidak putus-putus. itulah nilainya.
oh, ia hanyalah sebuah nota bunuh diri yang indah.
"fade to black"
life, it seems, will fade away
drifting further every day
getting lost within myself
nothing matters, no one else
i have lost the will to live
simply nothing more to give
there is nothing more for me
need the end to set me free
things not what they used to be
missing one inside of me
deathly lost, this can't be real
cannot stand this hell i feel
emptiness is filling me
to the point of agony
growing darkness taking dawn
i was me, but now he's gone
no one but me can save myself, but it's too late
now i can't think, think why i should even try
yesterday seems as though it never existed
death greets me warm, now i will just say goodbye
tetapi jangan pula kita lupa akan hakikat, apa yang kita percaya benar itu belum pasti kebenarannya.
mungkin mereka melihat sesuatu perkara itu dari sisi yang belum mampu kita lihat lagi.
berlapang dadalah. mungkin kebenaran berada di pihak mereka.
jangan pernah merasa diri betul sentiasa. kita manusia saja. ilmu neraca kita. tak perlu sengketa.
baju bukan sekadar kain,
air bukan sekadar minuman,
ia rezeki untuk bertahan,
bersyukur kunci pada perpaduan.
'apakah benar ini rumah kita?
jika benar duduklah di kerusi,
jangan hanya di lantai,
jangan duduk di lantai saja.'
berkelahilah cara kita,
kasih sayang kekeluargaan,
marah dalam tawa,
'lembut, cukup jantan'.
tidakkah kita tahu,
melayu itu persis muslim di tanah melayu.
'jawa itu melayu
bugis itu melayu
banjar itu melayu
minangkabau memang melayu
aceh dan siak adalah melayu
jakun dan sakai lebih melayu
arab dan turki pekat melayu
mamak dan malbari jadi melayu
malah muallaf bertakrif melayu.'
ada benarnya kata orang tua,
masuk islam itu masuk melayu.
wahai tuan rumah yang bijaksana,
sesama kita jangan sengketa,
buruk baik di tangan kita,
kelak ditanya amalan di dunia.
kepada allah kita berserah.
p/s: adat orang datang bertamu, disediakan juadah, dijamu dengan budi bahasa. sampai masa, rumahku kau mahu juga? mempertahankan hak aku bukan bererti aku tidak islam. mempertahankan harta yang baik untuk agamaku adalah jihad. allah lebih tahu.