Selasa, 18 Disember 2012

destinasi pasti II

malam ini dingin dan sunyi, 
berhenti berlari, 
tersenyum pada luka sendiri, 
penyeri revolusi sepi. 

macam biasa, 
hati suka menjadi raja, 
nafas dan darah orang muda, 
serigala celaka mencari makna.



ada dosa pada cinta dan cita-cita, 
ghairah hidup di kota hina, 
untuk seketika, 
sebelum aku hidup semula, 
bertanya, 
lalu terluka.