Rabu, 31 Disember 2008

file://C:\Documents\nasir\Tujuan\My Documents.exe (6 tahun yang lalu)

Kunang-kunang letrik
Hutan-hutan batu
Sungai-sungai hitam
Jangan dongakkan darjah kejahilan ku lagi
Jangan menghempapku lagi
Jangan bawa aku kembali
Bawalah aku pulang

Semburan cahaya lalu
Seakan infrastruktur goyah
Terbina dari dedaun terup
Rapuh dengan teka teki

"Apa cita-cita kau Nasir?"
"Cita-cita?"
"Ya, matlamat"
"Saya nak jadi manusia"

*mereka.mereka.mereka.tertawakan aku*

Antenna emosi menerima frekuensi situasi.
Bingit.
Darah mengalir keluar dari bebuli raksaku.
Sakit.

Maka,
Aku hembuskan taufanku pada mereka,
Lantai.
Dinding.
Kerusi.
Meja.
Papan hitam.
Dan aku hilang dari radar...

Akhirnya,
Aku pun hilang dari radar...

Rabu, 24 Disember 2008

Amaran

...

darah!

....

terdetik di fikiran aku ketika itu,
"naifnya aku... ape aku boleh buat?"

doa.
doa..
doa...

maafkn aku Tuhan.
aku terlalu dungu.
aku xmampu berbuat sesuatu di situasi itu.
sesungguhnya Kau maha mengetahui.
dan telah ditampar akalku oleh_Mu.
maaf...

p/s: satu kemalangan telah berlaku di KAED di depan mataku. aku? aku hny mmpu mendapatkn pertolongan. bodoh kn? ini peringatan tuhan padaku. *updated* alfatihah untuk arwah dr syukri...

Ahad, 21 Disember 2008

Untitled (Kau memang lahanat)


1File
2Edit
3Format
4View
5Help
6Try Again

p/s: mungkin bole la klu nk guna...tp ntah. sabar budak bodoh...

Khamis, 18 Disember 2008

Pandang Belakang

Jam 2.22pm dan beberapa detik
Insan penting. manusia pelupa. dan sepucuk sms

"Salam. Apa cerita sekarang . . Tiba2 teringat kat awak"

Setelah sekian lamanya.
Ya Allah. aku terkedu. Maafkan sy.

Terima kasih kerana pimpin sy, cikgu.

p/s: bkn tukar num... da dua bulan sy xtopup =)

Selasa, 16 Disember 2008

16/12

Sepatutnya hari ini indah
Tapi ia dah basi
Busuk, rosak dan tak berguna
Aku tak benarkan kau jilatkannya

Memang kau nampak laut semalam tenang
Tapi hari ini tsunami mungkin melanda

Tapi,
Aku hairan. bingung. tidak faham
Sebab,
Aku rasa lengkap.

Sungguh.

Rabu, 10 Disember 2008

Mimpi

Tatkala bulan hitam merenung aku
Bayang-bayang pun berbicara sinis,

"Kenapa kau yakin sangat?"
"Kerana aku dah lukiskan sedikit permandangan indah di buku kanan."
"Sedikit cukup?"
"Insyaallah"
"Kau tak takut neraka?"
"Tak"
"..."

*aku senyum keyakinan*

"Jadi kau betul-betul tidak takut?"
"Ya. kerana aku tidak beribadah kerana takut pada neraka. aku tidak beramal untuk segunung pahala."

p/s: hidup ini aku anggapkan sebuah mimpi ngeri. sebentar lagi aku akan bangun dan dilarikan dari segala masalah ini.

Sabtu, 6 Disember 2008

Sepi dan Bodoh


*berkerut dahi*

aku: kau siapa?
kau: akulah kau
aku: kenapa kau asik pandang aku?
kau: sebab aku hny bole pandang kau bila kau pndang aku
aku: kalau begitu ceritakanlah ape yg kau nmpak pada aku
kau: aku nampak kau
aku: lg?
kau: tiada siapa lg
aku: bodohlah kau ni
kau: aku nmpak budak kesepian
aku: kaulah yg sepi!
kau: muka kau, tidak menipu bkn?
aku: (mengeluh) tp aku rse kau pon
kau: mestilah!
aku: kita berkawanlah
kau: eh, sekarang kau nk kawan dgn aku pula? sadis. kau ini mmg kesepian

*senyap mutlak*


aku: yelah...(mengeluh tp bersemangat) tp aku kuat. aku nk tggu sesuatu yg abadi. indah.

*senyap 0db*
*tiada kata-kata untuk seketika*

kau: aku percaya kau

*senyum sengih2*

aku dan kau: hahahahaha

p/s: dunia....

Jumaat, 5 Disember 2008

Gula-gula pahit

oh sang pencipta

aku ingin tidur
tidak lalu utk diganggu

aku perlu tidur
hargai masa utk mengantuk

biar aku tidur
hanyutlah aku di mimpi-mimpi

tidurkanlah aku
tidaklah lagi aku berjaga dalam ketiduran

kejutkn aku di pagi yg gelap
kejutkn aku sebagai aku
biar waktu bertukar frekuensinya
biar udara bertukar amplitudnya


p/s: hibernasiku yang kecewa

Selasa, 2 Disember 2008

Lihat Betapa Bodohnya Aku

Bodoh!
Bodoh!
Bodoh!

Ada hikmahkah?

p/s: sial.sial.sial
.aku xkn putus asa la!!!

Isnin, 1 Disember 2008

Hidup Hari Ini

Susah.

Don't get sentimental.

Suatu masa,
Aku akn punyai sayap,
Reaksi kimia
Histerical dan xberguna.

Aku pilih.

p/s: ape yg cuba kau dptkn mungkin tidak serasi dgn hidup kau. ia xnatural. dan mnyebab fitrah memberontakkn. radiohead...uh....

Ahad, 30 November 2008

Kerajaan Diri Sendiri


Ada raja
Ada bendahara
Ada penghasut yg butuh posisi raja
Ada rakyat jelata

Kenapa perlu ade penghasut2 itu?

*panggilan xterjawab*

*pejamkn mata nafsumu itu*

*mulakn ritual agung*

Kananku syurga
Kiriku neraka
Depanku Dia
Belakangku maut

*Masih xterjawab*

Ah...mungkin tidak perlu jawab.

p/s: aku kembali ke alamku

Rabu, 26 November 2008

Endah dengan indah

.........

Adakalanya,

aku perlu biarkn mereka itu menyalak
aku perlu biarkn mukaku dicampak tahi
aku perlu biarkn lampuku ditutup
aku perlu biarkn diriku kelihatan dungu

Kerana,

semakin aku bersuara, semakin bangun iblis itu
semakin aku mencuba, semakin bodoh diri terasa
semakin aku tegakkannya, semakin hancur ia
semakin aku dibakar mereka, semakin teguh rasanya

aku.
manusia.
perlu.
belajar.

jangan.
ajar.
aku.
kurang.
ajar.

maaf.

p/s: keadaan semakin menghalang aku bersuara. bagaimana aku perlu luahkan jika duniaku di hukum penjara

Isnin, 24 November 2008

Mimpi yang nyata (Mari ikutku...)

Kata mereka;

Itu apa yang kau nak,
Kenapa? kau tidak mahu?

*aku terus terbang ke suatu dimensi lain*

Ini kejayaan yang kau idamkn,
Ambil,ya....ambillah...

*lesu ku renung itu dan ia beransur menghilang*

Buka matamu,
Kau sedang tidur di kamar lelap syurga. bagus ya?

*bangun dan terus melangkah pergi*

Berkata-katalah dengan mikrofon ini,
Rakyat jelatamu akn setia mendengarnya

*aku tunduk dan memasukkan diri kedalam tanah*

Sayang, akulah bidadarimu,
Cinta kau itu untuk aku. janganlah pergi...

*ku leraikan setiap partisi jasadku sehingga menjadi debu*

*ku berdiri di langit hitam melihat kamu-kamu*
*aku lihatkan kau, aku bakarkan kau*
*kerana inilah amaran kamu*
*amaran pengakhiran*

...........

p/s: kebenaran ini sempurna

Ahad, 23 November 2008

Orang Emas

Orang tua....

Aku suka orang tua....

Jumaat, 21 November 2008

Maharaniku Bersuara (Dunia Masa yang Itu)

Ketika dunia yang kau bina jatuh
Maafkan aku
Tiada dayaku menampalnya semula
Ambillah cebisan-cebisannya
Untuk kau lihatnya bila kau megah semula

Ketika dunia yang kau bina jatuh
Lupakan aku
Mungkin ini hendaknya
Jangan kau paling dari sisi_Nya
Pasti tiada jalan lebuh besar ke Sana

Aku lihat ia tidak mati

Sayang,
Inilah aku menyerahkan diri
Jangan Kau humbani aku ke situ
Sesungguhnya diri ini hati ini
Memerlukan itu dan lebih waktu

p/s: masih mungkin. jauhilah

Mulakan ini pula...

Bismillah

Ini rumah aku
Sila beri salam
Sila bersopan
Aku tak sempurna
Aku bodoh
Biarkan aku di sini
Biarkan aku keseorangan di sini
Tiada sesiapapun dlm dunia kau mcm aku
Kerana akulah satu-satunya

Berambos!

p/s: idea ini kudapat tatkala cermin yg sepatutnya memperlihatkn diriku tidak aku perlihatkn lg sebaliknya terpancar tulisan-tulisan yg dibaca oleh mata ketigaku...