Rabu, 31 Ogos 2011

taqabballahu minna wa minkum

1. salam aidilfitri, selamat kembali kepada fitrah dan selamat meraikan kemenangan.

2. atas sebab apa sekalipun, hari ini, tak perlulah kita bersedih, kerana kita dituntut untuk keluar bersama yang lain bergembira, mempamerkan kekuatan dan perpaduan.

3. mohon maaf salah silap, minta halal semuanya. kerana setiap anak adam itu banyak melakukan kesalahan, maka beruntunglah bagi mereka yang bertaubat.

4. juga selamat hari merdeka. semoga kita tidak lupa bahawa kita hanya baru merdeka 54tahun, tetapi sudah dijajah selama 446tahun.

Selasa, 23 Ogos 2011

optimis pada kesatuan hati umat melayu

1. kadang-kadang kita menjadi buta dengan hal sekeliling. sampai mempertahankan hak bangsa sendiri dikatakan rasis.

2. kepada kau yang tak lagi punya jatidiri, pernahkah kau lihat orang melayu rasis pada cina atau india yang baru memeluk islam? adakah melayu itu setia pada warna kulitnya?

3. tahukah kau kenapa kita sering berkelahi dengan agama lain? kerana melayu itu, islam syarat pertama dan utamanya. tidakkah kau mampu melihat?

4. tapi rupanya kita juga suka berkelahi sesama sendiri. aku tak hairan. kerana melayu mudah lupa.

5. 60 tahun itu taklah terlalu lama, tapi ia seperti sudah jadi cerita purbakala. tak ingat dan tidak pula mahu ingat.

6. mudah sungguh untuk taasub. bila tokohnya tidak rapatkan saf ketika solat, dikatakan, kau tak layak menegur! kau itu berada dalam saf pun tidak!

7. astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...alangkah bagusnya kalau kau mampu bersikap adil walau dengan siapa sekali pun.

8. mufti perlis pernah menjelaskan pihak yang menentang penyatuan umno dan pas itu sebagai pengkhianat islam; khawarij. ketika itu kita dapat lihat dengan jelas siapa yang melenting.

9. sebenarnya, yang harus kita tinggalkan adalah golongan ekstrem dari kedua-dua belah parti.

10. aku optimis pada penyatuan umno dan pas, suatu hari nanti. insyaallah.

11. ada yang kata perpaduan melayu itu bukan perpaduan islam. dan dengan mudah membiarkan melayu berpecah kerana lebih mementingkan perpaduan islam kononnya.

12. siapa orang islam di malaysia ni?

13. sedarlah bahawa di tanah melayu ini, kebaikan untuk umat melayu ini sebenarnya adalah kebaikan untuk islam juga.

14. kerana itulah dulunya aku merasa bagus jika pas menang dan bentuk kerajaan pusat, supaya dia tidak lagi lihat perpaduan melayu sebagai 'pas masuk umno'. sebaliknya, kita benar-benar bersatu.

15. dan pas akan dapat tempat yang banyak walaupun telah bersatu.

16. tapi,pkr? dap?, keadaan sekarang buat aku ragu-ragu. dan aku sangat benci pada keraguan.

17. kata bekas rektor uiam, nasionalisme (kebangsaan) sebagai sentimen yang semula jadi, cinta dan kesetiaan kepada tanah air sendiri adalah konsisten (selari) dengan semangat islam dan menggerakkan semangat untuk menghalang penjajah kuasa luar dengan apa cara sekalipun. ini adalah selaras dengan konsep izzah (kehormatan diri sendiri) yang ditujukan allah dengan firmannya “al-izzah ialah untuk allah dan pesuruhnya dan yang beriman kepada allah, tetapi orang munafik itu tiada mengetahui.”

18. juga kata bekas yang dipertua pas, dr burhanuddin el-helmi, islam memandang kebangsaan sebagai alat dan bukan sebagai tujuan. kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan boleh sebagai satu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu baginya tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana islam memandang dunia bukan tujuan, tetapi hanya suatu alat atau tunggangan untuk menyampaikan ke akhirat.

Rabu, 10 Ogos 2011

istighfar.

1. melihat hal-hal umat islam di malaysia ni, aku kesian. melayu makin layu, islam makin terancam.

2. golongan agama berbalah, kalau dulu, kenapa gawat? kenapa krisis? jawapannya sebab tak rujuk al quran dan hadith yang sahih.

3. sekarang, sudah rujuk yang sahih jugak dikatakan pendapatnya palsu. anehnya, setiap kali mereka dikritik, tidak pun berhujah dengan menyatakan dengan jelas hadith-hadith sahih yang dibawakan mereka. kemudian, barulah kritik kenapa hujah mereka palsu sedangkan hadith itu sahih.

4. sebenarnya yang utama adalah, untuk tidak bersatu.

5. sudahlah..........jangan cuba ubah, sebab memang dah tak boleh dah. jangan sesekali.

6. yang penting kita jatuhkan, hancurkan. lawan tetap lawan! reformasi!

7. kerana, mereka itu kezaliman. hancur mereka, hancurlah kezaliman.

8. kezaliman pada siapa? kezaliman kepada rakyat minoriti, kerana yang majoriti itu orang pakistan dan bangla.

9. kerana tiap-tiap kali pilihanraya, orang pakistan dan banglalah yang menang.

10. istighfarlah.

11. mahu puaskan kepentingan masing-masing, memanglah takkan puas. yang itu mempertahankan kuasa, yang ini mengejar kuasa.

12. umat islam itu sedia lemah, janganlah kita lemah-lemahkan lagi wahai saudaraku.

13. jauhilah ciri-ciri khawarij; memusuhi orang islam lebih dari orang kafir.

14. teruskanlah berdakwah, dengan optimis, dengan yakin, dengan ikhlas.

15. kerana “bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah allah. sesungguhnya allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkannya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.” - ar rad: 11

16. “dan apa saja musibah yang menimpa dirimu, maka yang demikian itu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” - as syura: 30

16. umat perlu terlebih dahulu meninggalkan perlakuan zalim mereka.

17. istighfarlah.

18. mari kita sama-sama bersihkan diri kita sendiri.

19. astaghfirullahalazim.........wallahualam.

Sabtu, 6 Ogos 2011

glory be to allah



ada orang tanya aku,
"camne nak kasi bilik ni nampak besar ah?"
aku jawab sinis,
"kemas."

p/s: belum siap lagi ni... sabar..... puasa dulu... bulan depan, insyaallah... :D

Rabu, 3 Ogos 2011

janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan

"barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebenaran maka terimalah kebenaran itu darinya, meskipun ia adalah orang yang jauh dan dibenci. dan barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebathilan maka tolaklah, meskipun ia adalah orang yang dicintai dan dekat." - ibn mas'ud r.a.

"wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada allah, sesungguhnya allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." -surah al maidah: 8