Khamis, 19 November 2020

Jangan takut, mari bersusah payah dengan baik.

Ini hanyalah sebuah pusingan, yang lebih besar dari pusingan-pusingan yang pernah dilalui sebelum ini.

Mungkin kita baru sahaja bermula, pusingan ini belum lagi temui titik terbawahnya.

Mungkin kau takut, tapi ini hanya sebuah proses, sebuah cerita yang diulang-ulang, yang kau pasti menyukainya, kalau kau memahami.

Marilah bersedia, mengambil risiko, bersusah payah dengan baik. Insyaallah, ada sesuatu yang indah dari proses ini.

Bersedia untuk lebih bersedia, sampai tiba masa.

Ahad, 20 September 2020

Mungkin anda seorang yang tidak masuk akal, yang mencipta alasan untuk berjuang.

Jika hidup adalah sebuah kebun, penuh dengan segala kemungkinan,

maka seseorang akan memetik epal yang berada dalam jangkauannya.

Sementara seorang yang lain akan memanjat,

hingga ke puncak.

Dia percaya bahawa epal itu,

oleh yang demikian, akan terasa lebih manis.

Dan ia benar-benar lebih manis.

Kerana hanya seorang sahaja yang menginginkan epal.

Yang seorang lagi, 

menginginkan sesuatu yang lain.