Ahad, 30 November 2008

Kerajaan Diri Sendiri


Ada raja
Ada bendahara
Ada penghasut yg butuh posisi raja
Ada rakyat jelata

Kenapa perlu ade penghasut2 itu?

*panggilan xterjawab*

*pejamkn mata nafsumu itu*

*mulakn ritual agung*

Kananku syurga
Kiriku neraka
Depanku Dia
Belakangku maut

*Masih xterjawab*

Ah...mungkin tidak perlu jawab.

p/s: aku kembali ke alamku

Rabu, 26 November 2008

Endah dengan indah

.........

Adakalanya,

aku perlu biarkn mereka itu menyalak
aku perlu biarkn mukaku dicampak tahi
aku perlu biarkn lampuku ditutup
aku perlu biarkn diriku kelihatan dungu

Kerana,

semakin aku bersuara, semakin bangun iblis itu
semakin aku mencuba, semakin bodoh diri terasa
semakin aku tegakkannya, semakin hancur ia
semakin aku dibakar mereka, semakin teguh rasanya

aku.
manusia.
perlu.
belajar.

jangan.
ajar.
aku.
kurang.
ajar.

maaf.

p/s: keadaan semakin menghalang aku bersuara. bagaimana aku perlu luahkan jika duniaku di hukum penjara

Isnin, 24 November 2008

Mimpi yang nyata (Mari ikutku...)

Kata mereka;

Itu apa yang kau nak,
Kenapa? kau tidak mahu?

*aku terus terbang ke suatu dimensi lain*

Ini kejayaan yang kau idamkn,
Ambil,ya....ambillah...

*lesu ku renung itu dan ia beransur menghilang*

Buka matamu,
Kau sedang tidur di kamar lelap syurga. bagus ya?

*bangun dan terus melangkah pergi*

Berkata-katalah dengan mikrofon ini,
Rakyat jelatamu akn setia mendengarnya

*aku tunduk dan memasukkan diri kedalam tanah*

Sayang, akulah bidadarimu,
Cinta kau itu untuk aku. janganlah pergi...

*ku leraikan setiap partisi jasadku sehingga menjadi debu*

*ku berdiri di langit hitam melihat kamu-kamu*
*aku lihatkan kau, aku bakarkan kau*
*kerana inilah amaran kamu*
*amaran pengakhiran*

...........

p/s: kebenaran ini sempurna

Ahad, 23 November 2008

Orang Emas

Orang tua....

Aku suka orang tua....

Jumaat, 21 November 2008

Maharaniku Bersuara (Dunia Masa yang Itu)

Ketika dunia yang kau bina jatuh
Maafkan aku
Tiada dayaku menampalnya semula
Ambillah cebisan-cebisannya
Untuk kau lihatnya bila kau megah semula

Ketika dunia yang kau bina jatuh
Lupakan aku
Mungkin ini hendaknya
Jangan kau paling dari sisi_Nya
Pasti tiada jalan lebuh besar ke Sana

Aku lihat ia tidak mati

Sayang,
Inilah aku menyerahkan diri
Jangan Kau humbani aku ke situ
Sesungguhnya diri ini hati ini
Memerlukan itu dan lebih waktu

p/s: masih mungkin. jauhilah

Mulakan ini pula...

Bismillah

Ini rumah aku
Sila beri salam
Sila bersopan
Aku tak sempurna
Aku bodoh
Biarkan aku di sini
Biarkan aku keseorangan di sini
Tiada sesiapapun dlm dunia kau mcm aku
Kerana akulah satu-satunya

Berambos!

p/s: idea ini kudapat tatkala cermin yg sepatutnya memperlihatkn diriku tidak aku perlihatkn lg sebaliknya terpancar tulisan-tulisan yg dibaca oleh mata ketigaku...