Isnin, 24 November 2008

Mimpi yang nyata (Mari ikutku...)

Kata mereka;

Itu apa yang kau nak,
Kenapa? kau tidak mahu?

*aku terus terbang ke suatu dimensi lain*

Ini kejayaan yang kau idamkn,
Ambil,ya....ambillah...

*lesu ku renung itu dan ia beransur menghilang*

Buka matamu,
Kau sedang tidur di kamar lelap syurga. bagus ya?

*bangun dan terus melangkah pergi*

Berkata-katalah dengan mikrofon ini,
Rakyat jelatamu akn setia mendengarnya

*aku tunduk dan memasukkan diri kedalam tanah*

Sayang, akulah bidadarimu,
Cinta kau itu untuk aku. janganlah pergi...

*ku leraikan setiap partisi jasadku sehingga menjadi debu*

*ku berdiri di langit hitam melihat kamu-kamu*
*aku lihatkan kau, aku bakarkan kau*
*kerana inilah amaran kamu*
*amaran pengakhiran*

...........

p/s: kebenaran ini sempurna

Tiada ulasan: