Isnin, 27 Januari 2014

ikut sunnah nabi, bukan jadi nabi, ikut peraturan tuhan, bukan jadi tuhan.


nanti,
akan reda segala harapan,
dan janji manusia,
keris dan takhta, 
taman dan kota ditinggal jua.

oh kekasih, 
mengapa aku bertanya, 
adakah benar cinta kita?
sedangkan telah kau beri segalanya,
didalam dan diluaran. 

oh adakah ini bererti, insan ini telah sesat jalannya?
walaupun dalam keraguan,
umpan yang meracuni ditelan jua.

lalu hanyut dibawa arus,
kerna akarnya yang lemah, tidak mampu melawan deras khayalnya,
yang mendakap disetiap penjuru, 
membuat ku lupa pada asalnya.

p/s: teringat aku pada manusia-manusia buku, yang sendiri menyempitkan sumbernya, memilih-milih, dan menafsir membabi buta. ilmu yang dicari hanya untuk memuaskan matlamatnya, lalu sesatlah kau dalam nyata.