Isnin, 27 September 2010

The scientist

Minum jiwaku, sehingga aku kering disini


Dingin,
Angin dingin,
Dakapi malamku,
Bisiknya,

"Pejamlah,
dan semua akan tenang semula."

Pergilah kau.
Kau tipu.
Aku letih dengan penipu.

Tapi,
Aku mahu percaya kau.
Kalau kau tolong aku.

Ceritakan pada dia,
Tentang suatu perasaan,
Yang takku sengajakan,

Pada yang terindah,
Aku punya,
Tapi,
Mana ada.

Mana ada.

Jumaat, 24 September 2010

Masa depan adalah kematian dan hidup bukanlah dicipta untuk mencukupi


Khamis, 23 September 2010

Subhanallah...

Aku harap tak ada lagi perasaan ingin berputus asa.
Sungguh aku harap begitu.


Rabu, 22 September 2010

Aku, kamu, tak banyak bezanya


Kamu hanya mahu aku gembira,
Kerana kamu mahu gembira juga,
Aku, kamu, memang teruk,
Betapa aku merasa kamu mementingkan diri sendiri.

...

Aku tak mahu kamu tamak seperti aku ini.
Kamu harus lihat betapa aku gembira kesejukan disini.

...

Benci aku,
Kerana aku mahu kamu gembira.

Ahad, 19 September 2010

I go blind when I've needed to see


And what i really need,
is what makes me bleed.


The moon will never come down for me


And what I am to you
Is not real

And what I am to you
You do not need

And what I am to you
Is not what you mean to me

You give me miles and miles of mountains
And I ask for the sea

p/s: but,no im not sure

Khamis, 16 September 2010

sampahkan aku disini.


aku benci melihat mereka masih mencuba menjadi manusia.
dengan bunyian mesin menjerit-jerit kesakitan.
cahaya-cahaya sintetik menerangi terusan nombor binari.
ilham, dan kata kau cipta.
mata celik tapi membutakan jiwa.

hearing, but not listening

aku rapuh kerana mereka terlalu teguh,
aku gembira hanyut bersamanya,

penuhi hari-hari aku,
biar semua mati membeku.

biar aku disini,
sampahkan aku disini.

p/s: dan harus kau biarkan saja aku lari ke bucu dunia, jangan kau ceritakan padaku tentang rupanya.



Selasa, 14 September 2010

happy day


hari ini aku gembira.
gembira bukanlah secara total.
aku masih ada ragu.
masih ada syaitan dalam aku.

i am hopelessly happy.

p/s: i've waited for so long. now. start waiting again.


Rabu, 1 September 2010

Bulletproof


I wish I was