Isnin, 27 September 2010

Minum jiwaku, sehingga aku kering disini


Dingin,
Angin dingin,
Dakapi malamku,
Bisiknya,

"Pejamlah,
dan semua akan tenang semula."

Pergilah kau.
Kau tipu.
Aku letih dengan penipu.

Tapi,
Aku mahu percaya kau.
Kalau kau tolong aku.

Ceritakan pada dia,
Tentang suatu perasaan,
Yang takku sengajakan,

Pada yang terindah,
Aku punya,
Tapi,
Mana ada.

Mana ada.

Tiada ulasan: