Isnin, 9 Disember 2013

pengakhiran yang sempurna


selamat tinggal dunia. 
semangatku takkan luntur.

Jumaat, 6 Disember 2013

dari terus kau hiris hati itu sedikit demi sedikit, kenapa tak kau campakkan saja ia ke lantai, pijak biar mati.

hidup aku adalah sebuah revolusi. perjuangan penuh transisi tanpa henti, sampai mati. darah mentah ini tak pernah takut pada perubahan. tiada yang begitu teruk dengan putus asa. sebuah pengakhiran hanyalah sebuah permulaan yang baru. kita yang pilih untuk pulih. ya aku akan mula semula. seperti selalu, seperti yang biasa. tidak ada yang luarbiasa. aku tetap aku. dari versi ini, ke versi yang lagi satu. aku akan cipta yang baru. terima kasih untuk semuanya. hari ini kau adalah masa silam, tidak lagi masa depan yang aku genggam. 

betul, tak perlu apa-apa harap lagi.