Isnin, 28 Mac 2016

success has nothing to do with wealth

pada kebanyakan keadaan, bukanlah akal kita tidak mampu memahami, tetapi hati yang menentang kebenaran.

bagaimana kita boleh melihat kekayaan dan kemewahan yang seseorang, yang mungkin dahulunya seorang yang miskin itu, sebagai kejayaan?

tidakkah firaun yang amat rugi itu kaya dan mewah?

lihatlah hati, akal perlu selalu menasihati hati.

kita boleh kaya harta benda dan berjaya, dan boleh sahaja berjaya tetapi tidak kaya.


........


lebih kurang 20tahun lalu,

cikgu - 'nasir, apa cita-cita kamu?'

aku  - 'saya nak jadi 'orang''

...semua kawan-kawan termasuk cikgu ketawakan aku.

cikgu - sekarang ni bukan orang?

...dan aku hanya diam.

cikgu - kamu tak ada cita-cita?

...aku diam lagi.

cikgu - kamu berdiri, fikirkan satu cita-cita, jangan jadi orang tak tentu hala. tak ada matlamat. tak ada masa depan.



dan aku tetap dengan apa aku percaya. tetap. sampai hari ini.

mungkin aku akan jawab kalau soalannya 'dah besar kamu nak kerja apa?'.

secara jujurnya aku kasihan dengan kawan-kawan aku yang ketawa masa tu. nak jadi jurutera, doktor, polis, bomba.

yang aku maksud dengan 'orang' itu adalah seorang yang berjaya. seperti yang orang tua aku selalu cakap 'kau ni cubalah jadi 'orang' sikit'. yang ketika itu aku fikirkan bukanlah sekadar pekerjaan. dan aku bersyukur aku tak pernah obses dengan apa-apa pekerjaan. ia berkait dengan matlamat hidup yang jauh lebih besar. tujuan hidup.

lalu, apa itu kejayaan?

kejayaan itu adalah hasil dari benih yang kita semai dalam diri kita.

dan benih itu ialah 'tiada tuhan melainkan allah, muhammad itu rasulullah'.


Isnin, 7 Mac 2016

"sesiapa yang pernah benar- benar bertawakal, merekalah yang mengetahui keajaiban tawakal"

janganlah sesekali sampai kita menganggap kesenangan, keselesaan, dan banyaknya harta itu sebagai ukuran yang menentukan bahawa allah sayang kita. belum tentu.

juga, dalam menyatakan kebenaran dan membenarkan apa yang haq, lalu kita ditentang manusia kebanyakan. janganlah sesekali sampai kita merasa sombong dengan merasa mereka itu musuh kita, yang tidak suka dengan kebenaran yang kita bawa. belum tentu.

belum tentu.
sendirilah. lihatlah diri.

serahkanlah urusan ini sebulat-bulatnya pada ar rahman, ar rahim. dialah sebenar-benar tempat berlindung.