Selasa, 26 Jun 2012

matang politik

kalau kita nak matang politik, bincangkan tentang apa yang benar dan apa yang salah.
berhentilah dari hanya membincangkan siapa yang benar dan siapa yang salah.

salah tetap salah. benar tetap benar. dan setiap dari kita ada salah silapnya. pasti.

pemimpin itu juga manusia. sama sahaja seperti manusia disekeliling kita.

jadi, jangan melampau.

Ahad, 24 Jun 2012

kekal positif.

dan sentiasa melangkah ke depan.

Jumaat, 22 Jun 2012

darah muda

pernah tak. berusaha untuk sesuatu. optimistik. sungguh-sungguh. laju berlari. penat. jatuh. bangun terus. berlari lagi. dan lagi. dan lagi. laju lagi.


akhirnya dapat.

...

dapat.




...rupanya. tiada siapa. sendiri dengan diri sendiri. lagi.

Rabu, 13 Jun 2012

ada sesuatu yang telah tertulis sebelum semuanya bermula.

aku pernah. dulu. dalam hutan batu. ditengah-tengah medan tempur, daerah sial. disebuah rumah tampal. sebuah taman. lahirnya aku di situ.

seketika menjadi binatang peliharaan kotahina.

benar, tiada gambar. hanya gambaran.
ya allah, aku harap aku tidak lupa dari mana aku bermula...

aku masih tidak lupa. alhamdulillah.

Selasa, 5 Jun 2012

syukur itu lebih susah dari sabar

dan (ingatlah) tatkala tuhan kamu memberitahu: "demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu" - surah ibrahim : 7

Ahad, 3 Jun 2012

tentang masa, daya dan upaya II

tadi,
"hari ni aku nak buat ni buat tu dan tapi sebelum buat tu jangan lupa buat yang selalu. bismillah."

sekarang,
"allah. tak siap lagi keje ni macammana nak buat yang tu pulak. alamak dah terlupa pulak buat yang selalu tu."

kita tau kita ada 24jam sehari.
tapi kita tau ke apa akan jadi?

memang, selalunya kita ada masa.
tapi selalu bukanlah selamanya.

ada ketika,
kita sangat perlukan masa,

jadi kita pinjam masa.

kita pinjam masa kerana terlalu memerlukan.
tapi akhirnya kita kena bayar lebih lagi masa untuk betulkan keadaan.

seminit semalam jika dipinjam dan mahu dibayar hari ini, harganya sejam.

interest.
riba yang menyebabkan kita semakin tersepit.




kita jangan lupa pada ketetapan.
"jadi, maka jadilah."





p/s: setiap hari, pastikan kita belajar sesuatu.