Sabtu, 17 Ogos 2013

oh tuhan, aku harap, akulah matahari itu.

hai, bunga malam.

pernah tak, 
di tengah-tengah kau kebuntuan menghadapi masalah, 
tiba-tiba,
kau terfikir tentang masalah orang lain. 

yang kau rasakan ia jauh lebih besar, 
lebih penting. 

dan kau mahu biarkan masalah kau, 
lalu ingin bersama menyelesaikan masalah orang itu. 

kerana kau, 
lebih pentingkan dia dari diri kau sendiri.

aku pernah. selalu.


"oh how i wish i am the sun, 
sleeping, 
weeping, 
with you....."