Selasa, 18 Disember 2012

destinasi pasti II

malam ini dingin dan sunyi, 
berhenti berlari, 
tersenyum pada luka sendiri, 
penyeri revolusi sepi. 

macam biasa, 
hati suka menjadi raja, 
nafas dan darah orang muda, 
serigala celaka mencari makna.



ada dosa pada cinta dan cita-cita, 
ghairah hidup di kota hina, 
untuk seketika, 
sebelum aku hidup semula, 
bertanya, 
lalu terluka.

Selasa, 20 November 2012

berani berbeza

manusia tu pada hakikat memang berbeza.
jangan pernah takut untuk berbeza dari semua.
kena berani, jangan takut dengan dunia.
tak berbaloilah kau hidup dalam kasut manusia lain.

aku tau aku berbeza. pelik adalah nama aku sejak darjah empat.

tapi ada jugak jenis manusia loser yang kelakar; berbeza dari orang lain sebab nak mencapap.
hahahaha. loser tahap kesian. kurang kasih sayang. bangang sial kau.
aku semacam boleh agak kehidupan zaman sekolah kau yang tersangat loser.
trying to catch up maybe. haha. apa-apalah.

jadi, berbezalah kerana jadi diri sendiri. kena berani.

kemudian, bertahan. bertahanlah.

Rabu, 24 Oktober 2012

darah muda II




pernah terfikir tak, kita ni ada tiga peringkat usia dengan tiga benda utama.

masa sekolah
masa muda
masa tua.

dan,

duit
masa
upaya.

setiap peringkat usia kita mesti tak ada satu benda utama.

masa sekolah, kita ada upaya dan masa yang banyak. tapi kita mana ada duit. semua minta mak bapak.

masa muda, lepas study dan dah kerja, kita dah ada duit, dan punya upaya. masalah utama adalah masa pula.

nanti, masa tua. ada duit yang banyak, masa yang terluang, tapi dah tua pula.

ok, pada aku biarkan semua macam ini. dan masa muda, jangan dipersiakan. jangan berhenti berapi!

"kau kan, kau nak kaya tua ke enjoy muda? cuba pilih."
"masalahnya semua orang dah tua kaya. haha. enjoy je!"

hm..itulah. jangan pernah skip zaman muda kita ni. tiba masanya nanti, kau akan bertanya mana masa emas ini pergi. bukan apa, ada kita-kita ni, masa muda ni busy kerja la, saving la,  layan awek la, macam-macam la lagi. eh come on la. never lose your youth, bro. kerja busy? quitlah sial. kerja lain. tua nanti memang, memang kau kaya, tapi aku peduli apa. loser. hahahahahaha. kesian.

tapi bukan enjoy membabi butalah. semua benda ada batasan hadnya. kena jaga. kena pandailah. beringat. kena kerja keras. kalau kerja malas tapi nak enjoy bangang apa.


Jumaat, 12 Oktober 2012

don't let the dress trick you.

horse loves you when you move with him 
people hate you when you're changing


so don't count the scars, again.

Rabu, 12 September 2012

words for the prayerful uncommon girl


berpesan untuk tidak mengalah, lebih bersabar dan tetap berdiri.

Isnin, 3 September 2012

passive me, aggressive you

Ahad, 2 September 2012

Rabu, 15 Ogos 2012

revolusi yang indah


you know, so much of the time we're just lost. we say, "please, god, tell us what is right; tell us what is true." i mean there is no justice: the rich win, the poor are powerless. we become tired of hearing people lie. and after a time, we become dead... a little dead. we think of ourselves as victims... and we become victims. we become... we become weak. we doubt ourselves, we doubt our beliefs. and we doubt the law. 

but today you are the law.

Rabu, 18 Julai 2012

ekstrimis demokrasi

sebuah kerajaan bekerja untuk kepentingan rakyat. dan duduk di bawah payung demokrasi, kerajaan perlu mementingkan kehendak majoriti; kerana sesiapapun takkan mampu memuaskan hati semua pihak, mustahil.

namun, apabila sebuah kelompok minoriti cuba untuk mengambil alih kuasa majoriti dengan membuat ketegangan dalam negara, merekalah sebenarnya yang menolak demokrasi. kelompok ini adalah kelompok ekstrimis.

kelompok ekstrimis yang agresif ini biasanya lebih kedengaran suara mereka. ini adalah masalah sebenar sistem demokrasi.

kelompok ekstrimis ini akan mengambil alih kuasa kelompok yang moderate; iaitu majoriti.  dan kelompok moderate biasanya tidak akan melawan sekumpulan ekstrimis. mereka hanya melihat dan diam.

hari ni ramai orang pelik kenapa apabila seperti tiada lagi atau sangat sedikit sokongan pada umno misalnya, umno masih menang dalam banyak pilihanraya kecil yang lalu.

ia tak pelik, kerana penyokong umno yang kelihatan sangat sedikit itu, sebenarnya adalah juga ekstrimis dari kalangan mereka. kebanyakan mereka adalah moderate.

kita tak perlukan sekumpulan ekstrimis yang bekerja untuk sebuah parti politik. kita perlukan kumpulan moderate yang aktif bekerja untuk negara.


Selasa, 26 Jun 2012

matang politik

kalau kita nak matang politik, bincangkan tentang apa yang benar dan apa yang salah.
berhentilah dari hanya membincangkan siapa yang benar dan siapa yang salah.

salah tetap salah. benar tetap benar. dan setiap dari kita ada salah silapnya. pasti.

pemimpin itu juga manusia. sama sahaja seperti manusia disekeliling kita.

jadi, jangan melampau.

Ahad, 24 Jun 2012

kekal positif.

dan sentiasa melangkah ke depan.

Jumaat, 22 Jun 2012

darah muda

pernah tak. berusaha untuk sesuatu. optimistik. sungguh-sungguh. laju berlari. penat. jatuh. bangun terus. berlari lagi. dan lagi. dan lagi. laju lagi.


akhirnya dapat.

...

dapat.




...rupanya. tiada siapa. sendiri dengan diri sendiri. lagi.

Rabu, 13 Jun 2012

ada sesuatu yang telah tertulis sebelum semuanya bermula.

aku pernah. dulu. dalam hutan batu. ditengah-tengah medan tempur, daerah sial. disebuah rumah tampal. sebuah taman. lahirnya aku di situ.

seketika menjadi binatang peliharaan kotahina.

benar, tiada gambar. hanya gambaran.
ya allah, aku harap aku tidak lupa dari mana aku bermula...

aku masih tidak lupa. alhamdulillah.

Selasa, 5 Jun 2012

syukur itu lebih susah dari sabar

dan (ingatlah) tatkala tuhan kamu memberitahu: "demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu" - surah ibrahim : 7

Ahad, 3 Jun 2012

tentang masa, daya dan upaya II

tadi,
"hari ni aku nak buat ni buat tu dan tapi sebelum buat tu jangan lupa buat yang selalu. bismillah."

sekarang,
"allah. tak siap lagi keje ni macammana nak buat yang tu pulak. alamak dah terlupa pulak buat yang selalu tu."

kita tau kita ada 24jam sehari.
tapi kita tau ke apa akan jadi?

memang, selalunya kita ada masa.
tapi selalu bukanlah selamanya.

ada ketika,
kita sangat perlukan masa,

jadi kita pinjam masa.

kita pinjam masa kerana terlalu memerlukan.
tapi akhirnya kita kena bayar lebih lagi masa untuk betulkan keadaan.

seminit semalam jika dipinjam dan mahu dibayar hari ini, harganya sejam.

interest.
riba yang menyebabkan kita semakin tersepit.




kita jangan lupa pada ketetapan.
"jadi, maka jadilah."





p/s: setiap hari, pastikan kita belajar sesuatu.

Ahad, 6 Mei 2012

saat dan tika

keliling aku adalah hujanan ujian,
tidak mungkin ia sekadar pujian,

di belakang sana ada titik terendahku,
apakah aku kan terus disini terpaku?

ah, ini bukanlah sebuah wilayah asing,
cuma sedikit bising.


cinta abadi itu ialah cinta pada-nya,
cinta selamanya... 

bilakah akan tiba saat dan tika?

Selasa, 13 Mac 2012

lelah

cerita tentang daun layu jatuh ke tangan
cerita tentang sekeping kertas digengam renyuk


cerita tentang bulan ditutupi awan
cerita tentang pungguk merajuk diminta memujuk

Khamis, 8 Mac 2012

tawakal

jika kamu bertawakal kepada allah dengan sebenar-benar tawakal kamu akan dikurniakan rezeki sebagaimana burung-burung dikurniakan rezeki, berpagi-pagi ia keluar dengan perut kosong dan berpetang-petang ia kembali kekenyangan.


bagaimana mungkin burung-burung itu kekenyangan tanpa keluar ia terbang, mencari peluang, mematuk tanah, mengeluarkan cacing daripadanya.

usaha.

aku akan usaha. kau juga.

Selasa, 31 Januari 2012