Rabu, 29 April 2009

Youtubing...



Fog (Again)

There's a little child
Runnin' 'round this house
And he never leaves
He will never leave
And the fog comes up
From the sewers and
Glows in the dark

Baby alligators in the sewers
Grow up fast
Grow up fast
Anything you want it can be done now
How did you go bad?
Did you go bad?
Did you go bad?
Some things will never wash away
Did you go bad?
Did you go bad?

p/s:  sedih aku dgr lgu neh...

Isnin, 27 April 2009

Tanpa ruh revolusi


Kata-kata indah itu tidak layak utkku
Berilah aku kata yg hina dina
Itu lebih tepat
Kerana aku masih di sini

Wilayahku ini daerah fitnah
Berikn ia selimut sakti
Moga ia akan segar tika jaganya
Kerana aku masih di sini

Aku hanya mampu berbicara
Berbicara dgn hati "aku cinta dia"
Tapi itu jauh sekali
Kerana aku masih di sini

Binasalah segalanya
Musnahlah segala ape yg aku lihat
Leburlah segala ape yg aku sentuh
Tenggelamkan segala ape yg aku rasa

Kerana aku xtahu kemana lagi akn ku pergi...

Sabtu, 25 April 2009

Kerana Kau Manusia Saja


p/s: hm.... manusia mmg sering lalai dan lupa

Jumaat, 24 April 2009

Surat yang Tersurat


Kehadapan Muhd Nasir Haris,

Puisi itu seni dan seni itu indah. Setiap yang indah perlukan kepayahan dan kepayahan itu pengorbanan. Pengorbanan ini adalah seperti kesabaran berfikir untuk mencari maksud sebenar. Seperti ketika kau ingin melihat pemandangan yang indah di puncak gunung, harusnya kau daki gunung itu dengan sabar. Bahasa adalah estetik baginya. Dan bukan puisi itu terhasil atas sebab untuk kau sulitkan manusia untuk memahaminya tetapi atas dasar untuk mengindahkan makna. Kata yang satu, maknanya seribu. Jadi, puisi itu mampu buat manusia berfikir sejauh-jauhnya. Tiada batas. Kerana ia berkait dgn tafsiran emosi dan perasaan. Ianya halus tapi terang dengan abjad-abjad. Silaukanlah mata penerimanya dengan warna-warna prosa yang cantik.

....

Itu je.

p/s: pagi2 mesti kena berfikir =)

Selasa, 21 April 2009

Sedikit politik


p/s: haha. itulah. ya, itulah. itulah pasal... (dipetik dari
drmaza.com)

Selasa, 7 April 2009

Satu


Dari satu jari yg mencari satu kekunci untuk satu huruf
Dari satu huruf yg mencari huruf yg lainnya untuk satu perkataan
Dari satu perkataan yg mencari perkataan yg lainnya untuk sebuah ayat
Dari satu ayat diseru jari-jemari mengulang ulang kerjanya dari satu akal
Satu akal kepada satu cerita.

Seperti kita diatas muka bumi ini
Dari tuhan yg satu jadilah kita dari satu bapa dan satu emak
Dari bapa yg satu, tuhan yg satu menjadikan bangsa-bangsa bagi setiap satu darinya
Namun, hakikatnya, segalanya adalah satu meskipun ia banyak
Segalanya adalah satu

Maka, manusia-manusia pun bertanya

"apakah hikmahnya semua ini?"

Satu jalan yg diajarkan
Beribu-ribu jalan yg direkakan
Jawabku, mintalah belas pada tuhan
Agar kita semua diselamatkan

"Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi"

p/s: menunduk malu merenung pepasir...

Ahad, 5 April 2009

Seorang Nasir Haris

Mungkin...

Telah banyak yang kau korban.
Leka dalam mencari-cari ilmu yang haq
Ketika dalam keseronokan, kenikmatan, kefanaan itu
Tiba-tiba,
Kau terjaga dan melihat-lihat sekelilingmu
Lalu kau tertanya-tanya
Dimanakah kau?
Ramainya manusia,
Tapi kenapa kau berada di dimensi yang sunyi itu?
Ada tapi tiada

Oh, kau sudah lupa?
Itu manusia-manusia masa silam kau

..................

Soalan-soalan sukar pun mereka ajukan.
Kau masih terpinga-pinga.

"Weh, camne paranoid?"
"Bile nk buat gig lagi?"
"Bile nk lepak ngn kitorg lagi weh?"
"Awek ape cer? ok?"
"Ko blaja uia? nama je uia kan?"

........................................

Kau sekarang sedang berseorang
Di mana saja
Di Nilai, mahupun UIA.
Kau sedang bersendirian.
Tapi, aku rasa itu bagus utk kau
Kau nk mereka paham kau?

Berusahalah.

p/s: di genting highland. 3 pagi.