Khamis, 17 September 2015

yang bodoh memimpin yang bijak, yang bijak dipijak-pijak; merdeka apa ini?

Ahad, 13 September 2015

memanusiakan tamadun; duit bukanlah segalanya



aku tak pernah menolak 100% sistem kapitalis. ia bagus untuk memaksa semua orang bekerja. tetapi tidak bagus pula kerana fitrahnya memaksa. tamadun itu akhirnya tidak manusia lagi. duit menjadi utama dalam segalanya.

contohnya, seorang artis dalam erti kata orang seni, menghasilkan karyanya dengan kesungguhan, inovasi dan idea, berkemungkinan besar akan gagal untuk membuatkan karyanya itu menarik menurut masyarakat umum. manakala artis kapitalis yang menghasilkan karya untuk duit akan menghasilkan seni berdasarkan kajian apa orang banyak rasa menarik. dan mereka akan berjaya dan memperoleh banyak sumber untuk menghasilkan karya seterusnya. 

tapi janganlah mudah mengalah. sememangnya orang seni itu tradisinya hidup dalam kesederhanaan jika tidak kepayahan yang terhormat.

hari ini, tanamkan dalam diri, bisikkan pada hati, 
"duit bukanlah segalanya"
maka jadilah kau seorang pejuang. 

Selasa, 19 Mei 2015

belajarlah dari seorang bayi tentang cara membina semula ketamadunan yang lebih manusia

Rabu, 6 Mei 2015

semakin banyak kau mahu, semakin sedikit kau dapat; the art of contentment.


banyak perkara, kita tak ada sedikit kawalan pun atasnya.
bukan kita yang tentukan segalanya.

well, ask yourself.

Selasa, 28 April 2015

insomnia itu benih revolusi


insomnia itu penyakit. kita sakit kerana kita manusia. seorang insan bukanlah sekumpulan robot sistematik yang hanya tahu bekerja. kita mampu memahami apa yang kita kerjakan. dukacitanya, hasil kerjaan kita hari ini seperti tak ada makna sama sekali. setiap makna dari kerja itu hanya diletakkan pada wang gajian semata-mata. hasil kerja, tidak langsung menggambarkan si pekerja. hilang makna. tidak insan. barangkali, insomnia ini tidak perlu pada ubat. tapi dialah ubat yang pahit. ubat yang menyediakan sebuah bilik penjara gelap, memberi peluang buat kita menggunakan deria yang tidak dipunyai oleh robot-robot yang kita kenali di siang hari, tadi. supaya kita dapat menyelesaikan tanggungjawab kita yang lebih besar, kepada diri sendiri, kepada mereka dan kepada yang maha esa.

berhenti melangkah, hanya untuk memulakan langkah yang baru.

Khamis, 16 April 2015

escapism; relief from unpleasant realities.

imagination is more important than knowledge. for knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand – albert einstein


berfikiran imajinatif itu seperti muzik; sangat dekat dengan fitrah manusia. ia mampu membawa kita hampir kepada wilayah ketenangan individualistik melalui konsep escapisme. merancang masa depan sangat memerlukan pemikiran imajinatif. ia melibatkan sintesis yang mengabungkan angan-angan, pengalaman dan antisipasi realiti semasa. namun, kesilapan manusia adalah mengharap segalanya berlaku seperti apa yang dia imajinasikan. pernah, tapi itu tidak semestinya. kita bukan tuhan. kita masih terikat dengan masa, daya dan upaya kita sebagai seorang manusia.

Khamis, 26 Mac 2015

our history will be what we make of it



"sejarah tu apa yang kau, aku dan mereka tahu berlaku. dan jika si kecil bertanya pada kita dan mereka, lalu perbezaan cerita itu biasa. jadi apa itu sejarah? ah, ia ditentukan oleh pihak yang menang kuasa. itu sejarah. sejarah yang kita ada." - nasirharis, diari seniku, 2009.

Selasa, 3 Februari 2015

it's not about the destination, it's the journey that matters II


manusia berubah,
kita manusia,
mesti buat apa manusia biasa buat.
tapi kita perlu belajar
untuk menikmati
setiap transisi.

Khamis, 15 Januari 2015