Selasa, 28 April 2015

insomnia itu benih revolusi


insomnia itu penyakit. kita sakit kerana kita manusia. seorang insan bukanlah sekumpulan robot sistematik yang hanya tahu bekerja. kita mampu memahami apa yang kita kerjakan. dukacitanya, hasil kerjaan kita hari ini seperti tak ada makna sama sekali. setiap makna dari kerja itu hanya diletakkan pada wang gajian semata-mata. hasil kerja, tidak langsung menggambarkan si pekerja. hilang makna. tidak insan. barangkali, insomnia ini tidak perlu pada ubat. tapi dialah ubat yang pahit. ubat yang menyediakan sebuah bilik penjara gelap, memberi peluang buat kita menggunakan deria yang tidak dipunyai oleh robot-robot yang kita kenali di siang hari, tadi. supaya kita dapat menyelesaikan tanggungjawab kita yang lebih besar, kepada diri sendiri, kepada mereka dan kepada yang maha esa.

berhenti melangkah, hanya untuk memulakan langkah yang baru.

Tiada ulasan: