Ahad, 27 Disember 2009

Kuala Lumpur


Luar sana ada ramai manusia
Mereka gembira bersuka ria
Dan mereka menghirup hidup dengannya
Tanpa kepayahan, kau takkan berjaya

Waktu-waktu ini aku sering tertanya
Adakah yang ramai itu manusia
Kerana manusia itu akal kuasanya
Tanpa akal, kau hanya seekor manusia

Namun, aku juga sering tertanya-tanya
Tentang manusia yang bertuhankan akalnya
Bersungguh-sungguh berlari mengejar dunia
Sehingga mereka terhenti melihat bumi yang sudah tua

Dengan akal manusia mula mencipta
Sebuah sistem yang sangat sempurna
Berfungsi memberi keadilan pada semua
Sempurna, atas korban merata rata

Manusia memang lazim dengan kejahilan
Ia tak hilang, hanya dimodenkan
Disinilah mereka gunakan akal fikiran
Supaya kejahilan itu menjadi ikutan

p/s: mungkin aku benci manusia, tapi tak bererti aku benci kemanusiaan

Selasa, 1 Disember 2009

Angin biru


Ada angin yang kuat di luar sana
mungkinkah hari ini akan hujan?

jika hujan,
mahukah tanaman yang layu segar semula?

jika ia segar,
mampukah ia berbuah semuanya?

jika berbuah,
adakah tidak akan rosak setiap darinya?

jika elok ia,
pastikah ia manis-manis isinya?

...

bagaimana kalau... is it ok? hm?

p/s: ...hari akan cerah, berusahalah.

Khamis, 12 November 2009

Syukur, Allah selamatkan aku

Untuk kali ke dua puluh satunya, aku ada. masih.

p/s: alhamdulillah. syukran. dan terima kasih utk kamu-kamu.

Jumaat, 6 November 2009

Cerita Seorang Lelaki


Satu hari
Dia telah lari dari realiti
Sampai tak siapa ada lagi
Tak peduli, dia pergi
Gembira sendiri

Tapi tadi
Dia tak bisa hidup sendiri
Bersama sepinya hari-hari
Walau itu hanya sekali
Dia mula tercari-cari

Waktu seperti ini
Dia berhenti menunggu pagi
Yang masih tinggal mengasihani
Senyum sendiri meraba dahi
Tiada peluh sama sekali

Apa?

Mana mungkin dia lari
Hingga dia mati
Dia tetap disini
Atas bumi ini



Lagi.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Masa lalu adalah fakta yang tertulis pada dinding dengan permanent marker.


masa lalu,
stop. 
stop pushing me. 
im sick. 
im sick of you.

Khamis, 8 Oktober 2009

Kadang-kadang, apa yang aku mahu hanyalah bersendirian bersama gitar dan internet


"kau ni seksa diri kau lah"
"haah.... kn?"
"sampai bila kau nk macam ni?"
"aku mmg nk macam ni."
"..."
"rilek la. xperlu aku dptkn dia. tuhan ad. dia tau aku... aku tau."
"haah.... kn?"

p/s: poket ni da sarat dgn tulisan2. tp aku masih xmampu tampalnya disini. nnt. maybe.

Ahad, 13 September 2009

Senja


"abah langgan astro box office?"

"haah, abah nk tgk cerita talentime, yasmin ahmad, lain xtgk"

"ooo, cerita die pasal ape?"

"cerita yasmin ahmad semua mengisahkan benda-benda realiti, mcm movie ni, pasal melayu cina dgn india"

"ooo"

"die org kg abah, sebab tu abah rasa cerita die mcm real"

"ooo"

"sebaya ngn abah... die, michael jackson, sebaya, meninggal pon lebih kurang je masanye."

"....."

p/s: ...........

Jumaat, 24 Julai 2009

Monotonous

aku xtau aku kat mane

ade x sesiapa nk kongsi gps dgn aku?

....

...

Jumaat, 26 Jun 2009

Ubahsuai


Aku adalah pandai kerana belajar dari pengalaman sendiri
Genius jika aku dapat belajar dari pengalaman orang lain

Mungkin.

Tapi,
Aku manusia paling bodoh dalam dunia
Jika xmampu belajar dari pengalaman diri sendiri dan org lain.

Ada beberapa perkara aku mahu ingat.
Oh sang pencipta, ingatkanlah aku padamu.

p/s: kerana aku pelupa, dan xsuka ingat.

Selasa, 16 Jun 2009

Red Touch


Sekejap tadi
Aku merasakan bodoh itu suatu nikmat buat kau
Aku merasakan sakit itu suatu rahmat buat aku

Sekejap tadi
Aku tertanya-tanya
Adakah kau hanya berbuat baik padaku
Kerana ada sesuatu yg kau mahukan
Adakah kau hanya berbuat baik pada semua
Kerana kau mahu kemungkinan yg sgt jauh utk kau

Sekarang iaitu masa datang
Aku percaya yg kau akan semakin jatuh
Membiarkan iblis menganalisa situasi
Menyalakan pemetik api yg sudah lama basah
Walau sistem ini xlagi berfungsi sempurna
Kerana kau semua tiada makna

Maaf. Jika kau memahami.

Tapi.

Mungkin ini harga yg perlu aku bayarkn.
Dan ini adalah "blind spot" yg tak dapat ku lihat.

Rabu, 3 Jun 2009

Mati? Oh, jgn takut. Itu hanya sebuah transisi.

"Hari ni aku sedar.
Tiada apa yang tepat ada padaku."

Aku mahu keluar.
Jika aku terus disini.
Aku akan meronta-ronta.

Aku perlu keluar.
Berfikir seperti seorang manusia.
Dan mula melihat dunia.

Tiada apa istimewa.

Rabu, 29 April 2009

Youtubing...



Fog (Again)

There's a little child
Runnin' 'round this house
And he never leaves
He will never leave
And the fog comes up
From the sewers and
Glows in the dark

Baby alligators in the sewers
Grow up fast
Grow up fast
Anything you want it can be done now
How did you go bad?
Did you go bad?
Did you go bad?
Some things will never wash away
Did you go bad?
Did you go bad?

p/s:  sedih aku dgr lgu neh...

Isnin, 27 April 2009

Tanpa ruh revolusi


Kata-kata indah itu tidak layak utkku
Berilah aku kata yg hina dina
Itu lebih tepat
Kerana aku masih di sini

Wilayahku ini daerah fitnah
Berikn ia selimut sakti
Moga ia akan segar tika jaganya
Kerana aku masih di sini

Aku hanya mampu berbicara
Berbicara dgn hati "aku cinta dia"
Tapi itu jauh sekali
Kerana aku masih di sini

Binasalah segalanya
Musnahlah segala ape yg aku lihat
Leburlah segala ape yg aku sentuh
Tenggelamkan segala ape yg aku rasa

Kerana aku xtahu kemana lagi akn ku pergi...

Sabtu, 25 April 2009

Kerana Kau Manusia Saja


p/s: hm.... manusia mmg sering lalai dan lupa

Jumaat, 24 April 2009

Surat yang Tersurat


Kehadapan Muhd Nasir Haris,

Puisi itu seni dan seni itu indah. Setiap yang indah perlukan kepayahan dan kepayahan itu pengorbanan. Pengorbanan ini adalah seperti kesabaran berfikir untuk mencari maksud sebenar. Seperti ketika kau ingin melihat pemandangan yang indah di puncak gunung, harusnya kau daki gunung itu dengan sabar. Bahasa adalah estetik baginya. Dan bukan puisi itu terhasil atas sebab untuk kau sulitkan manusia untuk memahaminya tetapi atas dasar untuk mengindahkan makna. Kata yang satu, maknanya seribu. Jadi, puisi itu mampu buat manusia berfikir sejauh-jauhnya. Tiada batas. Kerana ia berkait dgn tafsiran emosi dan perasaan. Ianya halus tapi terang dengan abjad-abjad. Silaukanlah mata penerimanya dengan warna-warna prosa yang cantik.

....

Itu je.

p/s: pagi2 mesti kena berfikir =)

Selasa, 21 April 2009

Sedikit politik


p/s: haha. itulah. ya, itulah. itulah pasal... (dipetik dari
drmaza.com)

Selasa, 7 April 2009

Satu


Dari satu jari yg mencari satu kekunci untuk satu huruf
Dari satu huruf yg mencari huruf yg lainnya untuk satu perkataan
Dari satu perkataan yg mencari perkataan yg lainnya untuk sebuah ayat
Dari satu ayat diseru jari-jemari mengulang ulang kerjanya dari satu akal
Satu akal kepada satu cerita.

Seperti kita diatas muka bumi ini
Dari tuhan yg satu jadilah kita dari satu bapa dan satu emak
Dari bapa yg satu, tuhan yg satu menjadikan bangsa-bangsa bagi setiap satu darinya
Namun, hakikatnya, segalanya adalah satu meskipun ia banyak
Segalanya adalah satu

Maka, manusia-manusia pun bertanya

"apakah hikmahnya semua ini?"

Satu jalan yg diajarkan
Beribu-ribu jalan yg direkakan
Jawabku, mintalah belas pada tuhan
Agar kita semua diselamatkan

"Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi"

p/s: menunduk malu merenung pepasir...

Ahad, 5 April 2009

Seorang Nasir Haris

Mungkin...

Telah banyak yang kau korban.
Leka dalam mencari-cari ilmu yang haq
Ketika dalam keseronokan, kenikmatan, kefanaan itu
Tiba-tiba,
Kau terjaga dan melihat-lihat sekelilingmu
Lalu kau tertanya-tanya
Dimanakah kau?
Ramainya manusia,
Tapi kenapa kau berada di dimensi yang sunyi itu?
Ada tapi tiada

Oh, kau sudah lupa?
Itu manusia-manusia masa silam kau

..................

Soalan-soalan sukar pun mereka ajukan.
Kau masih terpinga-pinga.

"Weh, camne paranoid?"
"Bile nk buat gig lagi?"
"Bile nk lepak ngn kitorg lagi weh?"
"Awek ape cer? ok?"
"Ko blaja uia? nama je uia kan?"

........................................

Kau sekarang sedang berseorang
Di mana saja
Di Nilai, mahupun UIA.
Kau sedang bersendirian.
Tapi, aku rasa itu bagus utk kau
Kau nk mereka paham kau?

Berusahalah.

p/s: di genting highland. 3 pagi.

Selasa, 24 Mac 2009

Kau semua betul


Siapa salah?
Kau salah
Tak
Kau salah
Tak
Dia salah
Tak
Mereka salah
Tak...

Aku yang salah
Salahkan aku
Memang aku yg salah

*diam..*

Cuaca, situasi, fakta dan masa,
Tak mungkin salah,
Jadi,
Tuding jari kat aku,
Seperti yg biasa ku buat.

Ah,
Sebab kau semua betul.
Betul?
Tentulah xbetul,
Kerana aku sentiasa salah.

Sabtu, 21 Mac 2009

Itu kamu

Dari hujung2 rambut
Turun ke kepala
Turun ke muka
Turun ke lantai...

Pasti tidak turun semua
Walaupun kulit kau dengan kulit aku
Tak sama
Namun
Pasti tidak turun semua

Ketika aku membaca matematika di wajah kamu-kamu,
Inersia menolak tadi,
Kembali menarik,
Foto suasana yang longgar,
Don't worry,
Aku okay,
Aku akan terus senyum,
Ketika matematika di wajah kamu-kamu,
Masih cuba aku ungkaikan.

haha.

*senyum...*
*menggeleng2kn kepala*
*dan senyum lebih lg...*

Mungkin. ini aku.

p/s: esok exam halaqah. abdillah kata mau kejut aku. insyaallah...

Selasa, 3 Mac 2009

Penafian (magic doors)

Aku ingin menulis. ini adalah masa aku hilang keseluruhannya. aku gagal meluahkan ape aku rse kepada sesiapa pun. sebelum aku tulis ini pon aku sudah tau aku pasti gagal mnyampaikan ape yg aku sedang rasa.aku sedang serabut. fikiran mengamuk. samuk. kecamuk. tiada kata yg tepat. sama mcm aku. tiada ape yg tepat. tidak sama dan tidak pula serupa. aku cuma rase aku dah buta. tapi aku boleh melihat. aku buta kerana aku mahu buta. tapi kadang2, aku xmahu.aku nampak semuanya luar biasa. tiada ape lagi yg biasa. kau yang sedang bercakap, aku xnmpak kau, aku nmpak sesuatu yg cantik tapi kau rosakkn. sesuatu yg baik tapi kau jahatkan. sebenarnya, kau xsalah, aku yg salah.aku cube fikirkan, kalau2 hijab aku sudah terbuka sedikit, jika inilah ia, ya allah, aku xlayak utk ini. aku belum bersedia. tapi bila lg? aku xmampu. aku masih terlalu duniawi. tolong aku. mereka xboleh. aku lebih bodoh dari mereka.Memang... Aku lagi bodoh dari kau. Aku nmpak sesuatu yg sgt bodoh kau sedang buat.Tapi aku lagi bodoh sebab aku xtau nk meyakinkan kau yg itu, bodoh.Betul...Aku lagi bodoh dari kau. Aku selalu nampak ape yg kau selalu xnampak, halus dan teliti. Tapi aku lagi bodoh sebab aku membutakan mata aku secara xsedar.Ya aku tau...Aku lagi bodoh dari kau. Aku suka tolong orang suka2, tanpa mengharap apa2, tanpa berkira.aku sudah terkeluar dari sifat manusia. Ya, aku bukan manusia. Tapi aku betul2 bodoh sebab aku benci perkataan "terima kasih".Betapa mentaliti menghantui makhluk-makhluk halus. teliti. bahkan terperinci. ini semua kerana masyarakat yg tetaplah masyarakat. jangan cuba buat apa2. aku akn hilang, terhilang, menghilang, dihilangkan. mungkin kau xkn faham, mungkin. kenapa aku xsuke terima kasih. aku xkn membalas itu dengan “sama2”. kadang2 aku bole terima dgn senyuman, tp keadaan yg ketika kelarutan ini, aku mungkin sekali marah jika kau ucap terima kasih setelah aku menolong kau.Lebih tepatnya, aku xsuke. hny buat2 suke sbb aku tau aku lebih hina dari semua. kau semua telah berjaya bunuh aku. aku xmahu hidup semula. tp aku tetap hidup semula. Aku xdapat lg berpijak dibumi yg nyata. Kerana ia sudah tidak ada lg.

*aku sudah hancur sepenuhnya*

Jika aku mampu menulis satu billion perkataan utk terangkan ape aku sedang rasa, fikir, lihat. masih jauh dari cukup. ia xkan berlaku. kerana aku tahu betapa bodohnya aku. aku xmampu utk semua ini. aku cuma harap kau faham walau aku tau aku mengharap sesuatu yg persis mustahil.



p/s: spontan aku menulis ketika kefanaan...aku melihat tiada. aku hny lihat satu. cuba faham. kau xkn faham.

Isnin, 16 Februari 2009

Destinasi Pasti


Ku berdiri di antara jalan-jalan
Ku cuba lihat semua
Ternyata aku tak mampu
Aku rabun
Sejauh mana saja yang aku mampu

Masih,

Ku cuba pilih jalan paling sesuai
Jalan yang ku anggap lebih mudah
Dinding keraguan mula mengakar
Segalanya hanya mungkin
Makhluk was-was menertawakan aku

Maka,

Aku cuba membuka mataku
Mencari-cari manisnya yakin dan pasti
Terbentanglah lautan luas dihadapanku
Mana sampan?
Mana kapal?

Jadi,

Aku akan belajar lagi
Cara-cara membuat perahu yg mampu dikawal
Agar ia tetap sahaja bergerak lurus
Stabil dan tidak mungkin terbalik

Kerana aku yakin aku mampu
Selagi ada waktu

Khamis, 5 Februari 2009

Bila Kau Masih Terus Pandang ke Langit Tinggi


Malam yg sunyi....
Hujan yg melebat....
Tanah yg membasah...
Bintang yg menjauh...

Wahai manusia-manusia awan
Menangislah...
Bila tanah-tanah itu sudah kering
Hapuslah segala penyesalan...
Kerana kau mampu dilukai
Kerana kau mampu melihat langit
Kerana kau adalah manusia awan
Ya, aku tahu itu.

p/s: selimutilah hatimu yg kering dan membeku itu...

Sabtu, 31 Januari 2009

Insan, Masa dan Upaya

Detik-detik makin berhampiran
Memecut meninggalkan manusia yg berusaha
Walau mereka terkadang leka dan alpa
Kerana atas bumi pastinya ada langit2

Kebenaran itu ada dua permukaan
Kita hanya berupaya lihat satu
Seperti,
Kau yang xkan pernah tahu hakikat langit
Jika kau xpernah melihatnya dari atas

Masa tetap berlari dengan konsisten
Sehingga kita tiada lagi masa
Untuk kita menganalisa
Melihat hakikat menembusi batasan
Lalu membuat kebenaran itu sempurna
Lalu menghasilkan satu dlm berjuta

Tapi
Manusia masih perlu bertanya "kenapa"
Berhenti lalu mencari-cari dengan teropongnya

Ketahuilah
Ilmu kau itu berbatas
Pada masa...
Dan upaya...

p/s: dicatatkan didalam bas ketika bermusafir ke melaka. skrg di hotel. indah.

Khamis, 29 Januari 2009

Warna.exe (Trojan Horse BackDoor)


Di hari-hari mendung kamu
Jangan kau bakar serinya dengan tangis
Telah ku campak jauh janji dahulu
"Suka kau, duka kau
Riangku dan tangisku jua"
Aku pelupa, terlalu pelupa
Kau pun harus lupa juga.

Aku pergi tak ke mana-mana
Mungkin, tiada di depan kamu
Tapi aku masih dibelakang kamu
Jangan kerap pandang belakang
Teruslah fokus kehadapan
Endahkn saja manusia lalu
Sesungguhnya
Telahku robek-robek hati buta itu
Hingga isinya tidak ku kenal lagi

Virus ini tegar kuasanya
Jika kau itu bukan pelupa
Ingat lah saat yg ini
Ketika itu,
Ketika matahari kita terbenam
Kenapa tidak kau lambaikan
Ucap,

Selamat tinggal.





Selamat tinggal dunia.

p/s: mengembalikan kedudukan organ ke asalnya. alhamdulillah

Rabu, 7 Januari 2009

Cerita "kenapa" aku

Dari sebuah penjara yg gelap
Sedalam-dalam jurang lautan
Aku berada disitu
Dilihat aku oleh engkau yg menarik

"kenapa kau tak mahu keluar?"
"..."
"ikutlah"
"..."

Bukan aku gila
Bukan aku ingin jadi makhluk asing
Bukan...

Meski aku mencari-cari bukuku
Meski aku dalam keasingan

Realiti yg kau rakamkan
Realiti kau
Bukan realiti aku
Lensa kau
Bukan lensa aku

Memang...
Memang semua akan lari bila berpeluang

Ini peluang aku

Ini cerita kenapa aku.
Kenapa aku masih disini
Enggan ikut jasad kau yang berbicara
Dan membuat aku jatuh
Dan jatuh.
Dan jatuh lagi..
Dan jatuh lagi...

Biarkanlah...

Sehinggalah mukaku mencium bau lantai
Dan maut buat kali keberapa kalinya

Bangkitlah aku selepas itu
Dan melarikan diriku
Dengan kereta kebalku sendiri
Dan aku tidak bersendirian