Rabu, 2009 Januari 07
Cerita "kenapa" aku
Dari sebuah penjara yg gelap
Sedalam-dalam jurang lautan
Aku berada disitu
Dilihat aku oleh engkau yg menarik
"kenapa kau xmahu keluar?"
"..."
"ikutlah"
"..."
Bukan aku gila
Bukan aku ingin menjadi makhluk asing
Bukan...
Meski aku mencarik2 bukuku
Meski aku dalam keasingan
Realiti yg kau rakamkan
Realiti kau
Bukan realiti aku
Lensa kau
Bukan lensa aku
Memang...
Memang semua akan lari bila berpeluang
Ini peluang aku
Ini cerita kenapa aku.
Kenapa aku masih disini
Enggan ikut jasad kau yg berbicara
Dan membuat aku jatuh
Dan jatuh.
Dan jatuh lagi..
Dan jatuh lagi...
Biarkanlah...
Sehinggalah mukaku mencium bau lantai
Dan maut buat kali keberapa kalinya
Bangkitlah aku selepas itu
Dan melarikan diriku
Dengan kereta kebalku sendiri
Dan aku tidak bersendirian
p/s: ini untuk kau yang tiada nama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan