Rabu, 18 Julai 2012

ekstrimis demokrasi

sebuah kerajaan bekerja untuk kepentingan rakyat. dan duduk di bawah payung demokrasi, kerajaan perlu mementingkan kehendak majoriti; kerana sesiapapun takkan mampu memuaskan hati semua pihak, mustahil.

namun, apabila sebuah kelompok minoriti cuba untuk mengambil alih kuasa majoriti dengan membuat ketegangan dalam negara, merekalah sebenarnya yang menolak demokrasi. kelompok ini adalah kelompok ekstrimis.

kelompok ekstrimis yang agresif ini biasanya lebih kedengaran suara mereka. ini adalah masalah sebenar sistem demokrasi.

kelompok ekstrimis ini akan mengambil alih kuasa kelompok yang moderate; iaitu majoriti.  dan kelompok moderate biasanya tidak akan melawan sekumpulan ekstrimis. mereka hanya melihat dan diam.

hari ni ramai orang pelik kenapa apabila seperti tiada lagi atau sangat sedikit sokongan pada umno misalnya, umno masih menang dalam banyak pilihanraya kecil yang lalu.

ia tak pelik, kerana penyokong umno yang kelihatan sangat sedikit itu, sebenarnya adalah juga ekstrimis dari kalangan mereka. kebanyakan mereka adalah moderate.

kita tak perlukan sekumpulan ekstrimis yang bekerja untuk sebuah parti politik. kita perlukan kumpulan moderate yang aktif bekerja untuk negara.