Ahad, 13 September 2015

memanusiakan tamadun; duit bukanlah segalanya



aku tak pernah menolak 100% sistem kapitalis. ia bagus untuk memaksa semua orang bekerja. tetapi tidak bagus pula kerana fitrahnya memaksa. tamadun itu akhirnya tidak manusia lagi. duit menjadi utama dalam segalanya.

contohnya, seorang artis dalam erti kata orang seni, menghasilkan karyanya dengan kesungguhan, inovasi dan idea, berkemungkinan besar akan gagal untuk membuatkan karyanya itu menarik menurut masyarakat umum. manakala artis kapitalis yang menghasilkan karya untuk duit akan menghasilkan seni berdasarkan kajian apa orang banyak rasa menarik. dan mereka akan berjaya dan memperoleh banyak sumber untuk menghasilkan karya seterusnya. 

tapi janganlah mudah mengalah. sememangnya orang seni itu tradisinya hidup dalam kesederhanaan jika tidak kepayahan yang terhormat.

hari ini, tanamkan dalam diri, bisikkan pada hati, 
"duit bukanlah segalanya"
maka jadilah kau seorang pejuang. 

Tiada ulasan: