Khamis, 16 September 2010

sampahkan aku disini.


aku benci melihat mereka masih mencuba menjadi manusia.
dengan bunyian mesin menjerit-jerit kesakitan.
cahaya-cahaya sintetik menerangi terusan nombor binari.
ilham, dan kata kau cipta.
mata celik tapi membutakan jiwa.

hearing, but not listening

aku rapuh kerana mereka terlalu teguh,
aku gembira hanyut bersamanya,

penuhi hari-hari aku,
biar semua mati membeku.

biar aku disini,
sampahkan aku disini.

p/s: dan harus kau biarkan saja aku lari ke bucu dunia, jangan kau ceritakan padaku tentang rupanya.



Tiada ulasan: