Selasa, 23 Ogos 2011

optimis pada kesatuan hati umat melayu

1. kadang-kadang kita menjadi buta dengan hal sekeliling. sampai mempertahankan hak bangsa sendiri dikatakan rasis.

2. kepada kau yang tak lagi punya jatidiri, pernahkah kau lihat orang melayu rasis pada cina atau india yang baru memeluk islam? adakah melayu itu setia pada warna kulitnya?

3. tahukah kau kenapa kita sering berkelahi dengan agama lain? kerana melayu itu, islam syarat pertama dan utamanya. tidakkah kau mampu melihat?

4. tapi rupanya kita juga suka berkelahi sesama sendiri. aku tak hairan. kerana melayu mudah lupa.

5. 60 tahun itu taklah terlalu lama, tapi ia seperti sudah jadi cerita purbakala. tak ingat dan tidak pula mahu ingat.

6. mudah sungguh untuk taasub. bila tokohnya tidak rapatkan saf ketika solat, dikatakan, kau tak layak menegur! kau itu berada dalam saf pun tidak!

7. astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...alangkah bagusnya kalau kau mampu bersikap adil walau dengan siapa sekali pun.

8. mufti perlis pernah menjelaskan pihak yang menentang penyatuan umno dan pas itu sebagai pengkhianat islam; khawarij. ketika itu kita dapat lihat dengan jelas siapa yang melenting.

9. sebenarnya, yang harus kita tinggalkan adalah golongan ekstrem dari kedua-dua belah parti.

10. aku optimis pada penyatuan umno dan pas, suatu hari nanti. insyaallah.

11. ada yang kata perpaduan melayu itu bukan perpaduan islam. dan dengan mudah membiarkan melayu berpecah kerana lebih mementingkan perpaduan islam kononnya.

12. siapa orang islam di malaysia ni?

13. sedarlah bahawa di tanah melayu ini, kebaikan untuk umat melayu ini sebenarnya adalah kebaikan untuk islam juga.

14. kerana itulah dulunya aku merasa bagus jika pas menang dan bentuk kerajaan pusat, supaya dia tidak lagi lihat perpaduan melayu sebagai 'pas masuk umno'. sebaliknya, kita benar-benar bersatu.

15. dan pas akan dapat tempat yang banyak walaupun telah bersatu.

16. tapi,pkr? dap?, keadaan sekarang buat aku ragu-ragu. dan aku sangat benci pada keraguan.

17. kata bekas rektor uiam, nasionalisme (kebangsaan) sebagai sentimen yang semula jadi, cinta dan kesetiaan kepada tanah air sendiri adalah konsisten (selari) dengan semangat islam dan menggerakkan semangat untuk menghalang penjajah kuasa luar dengan apa cara sekalipun. ini adalah selaras dengan konsep izzah (kehormatan diri sendiri) yang ditujukan allah dengan firmannya “al-izzah ialah untuk allah dan pesuruhnya dan yang beriman kepada allah, tetapi orang munafik itu tiada mengetahui.”

18. juga kata bekas yang dipertua pas, dr burhanuddin el-helmi, islam memandang kebangsaan sebagai alat dan bukan sebagai tujuan. kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan boleh sebagai satu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu baginya tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana islam memandang dunia bukan tujuan, tetapi hanya suatu alat atau tunggangan untuk menyampaikan ke akhirat.

Tiada ulasan: