Ahad, 28 Julai 2013

...allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil


adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. maka, boleh jadi sama rata itulah sebenarnya zalim.

seperti seorang yang kaya raya dan pakar dalam pelaburan, diberi modal untuk perniagaan dari kerajaan sebanyak rm100k. dan seorang lagi remaja kampung yang tidak pernah diberi pendedahan akan pelaburan, juga diberi jumlah yang sama.

apakah budak kampung ini mampu bersaing dengan seorang pakar yang sudah sedia ada kayaraya itu, tanpa sebarang bantuan seperti latihan dan pendedahan lain?

kita perlu bantu orang yang perlukan bantuan. sebab itu ada kuota dan sebagainya. ini bukan diskriminasi. diskriminasi sebenar adalah menyamaratakan hal yang akhirnya hanya memihak kepada golongan elitis dan orang kaya.

hal ini seperti, ada yang mahu kontrak kerja kerajaan dibuka juga untuk bukan bumiputera di malaysia. sedangkan mereka ada sektor swasta. walaupun sektor swasta dikatakan dibuka untuk semua, tapi hakikatnya, adakah antara kontrak itu yang dapat kepada bumiputera? tidak, kerana mereka tidak sebagus syarikat bukan bumiputera. jika tidak ada, jadi bagaimana. bagaimana kita mahu bantu orang yang tidak ada pengalaman ini bersaing dengan orang yang sudah pakar? bagaimana? mestilah mahu bantu dia dengan beri pengalaman dan peluang bukan? takkan kita nak paksa orang cacat tak ada kaki naik tangga macam orang lain.

cukuplah. jangan terpengaruh dengan ideologi2 barat. benar, siapa yang rebut peluang, dia yang akan dapat. tapi sebelum itu, bantulah mereka untuk tahu bagaimana untuk rebut peluang itu. kita tidak mahu ada kasta dalam negara ini, lebih-lebih lagi jika ia berpaksikan kaum. negara pasti akan huru hara. percayalah tidak ada yang untung melainkan musuh kita apabila negara ini huru hara.

oklah. ini apa yang aku perhatikan. kalau di tempat kerja kargo, secara amnya, taukey2 memang cina, india manager, melayu jadi orang2 suruhan. tak percaya, pergi tengok sendiri. kenapa? kerana, orang melayu tak pandai. lagi-lagi nak kena cakap english. memang india lah yang jadi manager. melayu jadi agen2 yang akan kawtim dengan kastam. senang kerja sebab kastam tu melayu. faham? inilah realiti. itu pun ada orang mengamuk english digunakan untuk matapelajaran sains dan metamatik. aduhai orang melayu...



p/s: dia telah berjuang untuk orang islam di malaysia, dia telah berjuang untuk orang islam di seluruh dunia. semoga allah memberkati dan mengampuni segala kesalahan2nya.

Tiada ulasan: