Ahad, 25 September 2011

wawasan 2020

baru-baru ni, aku ada design exhibition booth untuk carl-zeiss. so kenalah tau sikit-sikit background pasal company ni.

tiba-tiba aku terjumpa 'vision 2020' yang company lens yang terkenal ni libatkan diri.

'VISION 2020 is the global initiative for the elimination of avoidable blindness, a joint programme of the World Health Organization (WHO) and the International Agency for the Prevention of Blindness (IAPB) with an international membership of NGOs, professional associations, eye care institutions and corporations.'

aku tersenyum bila teringat apa yang aku baca dari blog sanusi junid, dulu,

'...beliau (tun dr mahathir) telah memanggil saya dan bertanya 'you know what is 2020?' saya jawab 'yes ... the spectacles' kerana saya teringat kedai cermin-mata 20 20 di tepi MAHA klinik. tun berkata 'ok...... make sure the logo for merdeka day reads twenty-twenty and not two thousand and twenty'. arahan itu ialah kerana saya bertanggungjawab menyiapkan logo hari merdeka sebagai pengerusi jawatankuasa hari kebangsaan.

maksud tun dr. mahathir dengan wawasan 2020 ialah 'wawasan atau penglihatan yang jelas'. jika mata kita diperiksa oleh doktor mata dan kedua belah mata bacaannya 20 20 maka kita tidak perlu pakai cermin-mata kerana pandangan kita tidak kabur. berertilah wawasan 20 20 ialah 'wawasan yang jelas' dan seseorang yang berwawasan yang jelas dapatlah membangun negeri dan negara dengan cepat dan menguntungkan rakyat.'

tetapi sekarang kita tidak memahaminya seperti itu, kita bukan lupa, tidak pernah tahu kerana tidak minat. bercakap tentang halatuju yang jelas, mengenai pelaksanaan hukum hudud, kita masih tidak nampak dimana perancangan ke arah itu. kita sepatutnya ada wawasan ke arah itu juga. walaupun undang-undang itu menurut sesetengah ulama dan menteri masih belum sesuai dilaksanakan, kita patut ada 'penglihatan yang jelas' juga ke arah itu.

mungkin ada betulnya cadangan perkasa untuk menaik taraf jakim dari hanya sebuah jabatan, kepada kementerian agama islam seperti yang dibuat di brunei. ini mungkin langkah-langkah yang baik bagi mewujudkan suasana kondusif, supaya tertegaknya hukum allah di dalam negara ini, yang majoriti islamnya hanya lebih sedikit dari 50%. insyaallah.

p/s: dap, mca dan gerakan mengeluarkan bantahan keras kepada hudud yang rasionalnya, mereka perlu dibantah keras pula oleh umat islam di malaysia. masalahnya, pas atau umno, kedua-duanya ada kepentingan politik. bezanya dap lebih kuat dari mca. tetapi pujian adalah untuk pas khususnya nik aziz kerana kesungguhan dia. cuma, perbincangan ilmiah antara tokoh-tokoh agama perlu berjalan dengan lebih inklusif. dan hal-hal lain yang lebih utama juga perlu diselesaikan terlebih dahulu. seperti soal akidah dan perpaduan.

Tiada ulasan: