Khamis, 21 April 2011

transisi

datangnya seorang nasir haris ini, dari wilayah tragis, hiruk pikuk dan penuh cerita sunyi. tapi dia tak pernah serik. mencari itu dan mencuba ini. keputusannya memilih uia sebagai perhentian seterusnya tak didorongi sesiapa, tidak ibubapa, kawan, atau guru. usahanya ini diragui banyak manusia. namun, ketahuilah, manusia ini pernah bertanya pada diri sendiri, "kenapa dengan kau? kenapa kau begini? apa yang kau tiada?". optimisnya dia meyakini keputusannya. bersandarkan pada percayanya dia pada tuhan yang tidak akan pernah putus-putus memberikan rahmat.

kebenarannya, dia hampir berputus asa sebaik sahaja pertama kali berada di uia. pertama kali hidupnya bersua manusia-manusia remeh yang mementingkan diri sendiri. maaf. dia juga berjumpa manusia-manusia yang percaya harga persahabatan itu murah dan suka-suka semata. itulah culture yang ada. sehingga kini, kawannya hanyalah kawan ketika kecilnya. ketika dia tidak pernah kenal erti pentingkan diri, berkira, berprasangka dan iri hati. maaf sekali lagi.

tapi, tidaklah dia merasa manusia-manusia sekelilingnya ini tiada erti. malah, ingin sekali dia berterima kasih kepada yang selalu memberi dan berkongsi. dia juga menyedari perbezaan cara berfikir yang ketara bukanlah salah sesiapa. mungkin jalan berbeza, destinasinya sama.

sehingga kini, belum pernah dia merasa tindakannya memilih uia sebagai satu kesilapan. jauh sekali hanya kebetulan. begitu banyak yang hebat. begitu banyak dipelajari. sama seperti dimana-mana di dunia ini.

...

terima kasih tuhan. terima kasih kalian. untuk sebuah cerita. maaf untuk segalanya. doakan aku tak merasa aku tahu semua dan sentiasa betul.

aku doakan kejayaan buat kalian. insyaallah.

2 ulasan:

zawani berkata...

congrats nasir!

The Beoples berkata...

:)