Selasa, 24 Mei 2011

kata-kata menghapus makna

aku fikir, ada seribu tahun lagi untuk aku hidup membayar budi. masih jauh. aku belum mahu berhenti. mahu mendaki terus ke puncak itu. aku tak mahu apa-apa yang tidak pasti menjadi pemberatku, menarik-narikku penat, sampai tak larat. sebab aku bukan superman macam mereka, boleh terbang kemana-mana, menghapuskan kejahatan, semua orang gembira. ah, aku dengan semua kesalahan aku sahaja sudah terlalu berat untuk dipikul. tapi aku harus daki. kadang tergelincir, jatuh dan dipaksa jatuh. dan bersamaku, ada beberapa hati yang harus aku bawa, dijaga rapi, dipertangungjawabkan aku untuknya. astaghfirullah, betapa tuhan lebih tahu bagaimana aku mahu memeliharanya. tapi inilah aku, hanya seorang manusia ganjil, merasakan dirinya tahu semua dan sentiasa betul.

maafkan aku kerana menjadi diri sendiri.

Tiada ulasan: