Khamis, 24 Februari 2011

tiada agama yang benar selain agama islam

"Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang mengatasi amalan- amalan semata (mere practice) dan ibadat (ritual) semuanya terpusat atas kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan kita kembali. Tetapi terdapat pemimpin-pemimpin agama tertentu di dunia yang terus menerus membuat dakwaan yang eksklusif (exclusivist claims) yang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi (the eternal truths) berbanding dengan penerimaan terhadap kebersamaan (commonality) yang boleh mengikat di antara kita. Kalaulah kita menerima bahawa (kita) boleh menjadi kesatuan dalam kepelbagaian, maka pluralisme agama adalah satu tenaga penyatuan tersebut, (dan) bukannya faktor perpecahan. Itulah jalannya untuk kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih sayang dan kebaikan"

"Saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan tentang pluralisme agama untuk berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral apabila seseorang itu berkata kepada orang lain yang mereka mempunyai sistem kepercayaan lain (yang lebih benar) daripadanya:
Kami beriman kepada Tuhan kami dan kami percaya kami benar, anda percaya kepada Tuhan anda, tetapi apa yang anda percaya adalah tidak benar".

"Tetapi saya katakan tanggunglah, sesungguhnya, kita mesti lakukannya, ia merupakan realiti sebenar di dunia kita hari ini, bahawa golongan-golongan agama tertentu menganggap hanya ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke arah jalan keselamatan (salvation). Pandangan yang ekslusif ini (yang mengangap hanya satu agama sahaja benar), malangnya telah tersebar secara meluas dalam hubungan antara agama-agama dan juga di kalangan mereka yang sama agamanya". - Anwar Ibrahim, London.

pluralisme agama.

wahai orang pas, nasihatkanlah manusia ini. bukankah kalian golongan yang suka menasihati pemimpin secara terang-terangan? dalam hal ini, tak perlu terang-terangan?
semoga manusia ini diberi hidayah. insya-allah. aku yakin dan pasti dalam pas masih banyak ilmuan yang mampu bersuara dalam hal ini. bersuaralah!

isu akidah. pastinya lebih utama dari politik.
jika satu hari nanti anwar ibrahim ini jadi perdana menteri malaysia, apakah ia suatu kebaikan?

p/s: hal seperti inilah yang selalu mengecewakan aku dengan pas. maaf. ia selalu. ia berlaku setiap kali aku ingin bersama mereka dalam menegakkan agama ini.

4 ulasan:

aku berkata...

ini pandangan peribadi

bagi aku, untuk kau menegakkan agama, parti politik bukan landasannya.carilah jemaah yang menegakkan islam, bukannya parti politik. carilah kumpulan2 yang betul2 mengajar kau mengenal agama yang kau anuti, mengajar kau menjadi Muslim yang sebenar Muslim.

Selamat bekerja untuk Islam ;)

nasir berkata...

:)

matlamat xmenghalalkan cara.
spt nasionalisme, politik hanya alat, islam itu matlamat.

nk islam, tp berdiam diri tentang pluralisme. one malaysia yang masih kabur ditegur, yang terang diam pula.

lepas ni kalau kau nk cop ak anti pas, terima kasih kerana bersangka buruk :)

org kata, byk kritik tu tanda kita ambil berat. care. sayang. heh

...dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,
QS. ar-Rum (30) : 31

yaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.
QS. ar-Rum (30) : 32

aku...aku bukan pas ;) berkata...

hehehe..aku tak kata kau apa2. aku tak kata kau anti-pas. cuma aku nak sampaikan, kalau kau betul2 nak kenal islam kau kena belajar. bergurukan guru yang betul-betul faham islam. bukan mempolitikkan islam, bukan mencanang islam untuk dasar undian segala. kenal islam untuk kita kenal Allah

Aku bukan bagus sangat. tapi aku berusaha untuk jd Muslim :)

nasir berkata...

terima kasih :)

semoga allah merahmati kita dan mereka semua.