Selasa, 29 Mac 2011

tentang senibina istac


berkenaan dengan tempat ini, mesti ada keseimbangan – ada simetri. soal keadilan – menempatkan masing-masing pada tempatnya. saya selalu memberikan definisi tentang apa yang dikatakan justice, iaitu meletakkan masing-masing pada tempatnya. dalam islam biasanya semua mesti ada kesaksamaan. simetri itu mesti ada. masing-masing mesti ada perkaitannya. misalnya fountain atau pancutan air di dalam itu mesti berkaitan dengan yang di luar. yang di luar itu pun mesti ada perkaitan pula dengan tembok ini, atau tiang itu, atau tingkap di sana. jadi, masing-masing ada perkaitannya. semua sekali ada pertalian antara yang satu dengan yang lain. mesti ada alignment ke mana. tidak ada yang tersendiri saja begitu. itu yang kadang-kadang kontraktor silap buat.

itu satu. nombor duanya, kita bawa pula beberapa aspek lain seperti mesti ada air, mesti ada kebun, mesti ada sungai. dalam quran pun dikatakan “tajri min tahtihal anhar”, mengalir di bawahnya sungai-sungai. walaupun tidak ada apa-apa, air mesti ada di situ. banyak ahli arkitek islam moden sekarang memikirkan bahawa yang dikatakan functional itu mesti ada guna. jadi dia bertanya, fountain ini untuk apa? untuk diminumkah? dia tidak sedar bahawa guna itu tidak bererti mesti boleh diminum atau digunakan untuk air sembahyang. kalau seseorang yang memandangnya mendapat rasa senang pun, sudah ada gunanya. jadi kalau ada bunga-bunga pun, itu pun fungsional. lihatlah rumah orang melayu di kampong, mesti ada bunga. kalaupun tidak ada bungan lain, ada bunga kertas. kalaupun tidak harum, warnanya ada. pokok pisang pula ditanam di belakang rumah. bunga-bunga ditanam di depan. tetapi sekarang banyak orang menanam pokok pisang di depan. pokok kelapa pun ditanam di depan rumah. itu tak betul. - prof. syed muhammad naquib al-attas

p/s: inilah antara islamic design contoh. aku harap budak2 yang panggil aku cikgu islamic art dalam studio tu baca lecture aku yang ini. hahaha. ak tak hebat, ini hebat. tapi kalau kau tak pernah dengar tokoh ni, aku kecewa. aku down sama kau. haha

p/s: dulu aku penah baca buku tulisan al attas ini sendiri, membincangkan tentang senibina. aku lupa tajuk buku tu. aku nampak dari segi luaran memang seperti alhambra. tetapi pengisian itu tidak cukup sekadar luaran. kalau kau fikir floral motif, geometric pattern itu cukup untuk islamic design, samalah seperti kau cakap karpal singh dah alim bila kau nampak dia pakai jubah dan serban. nampak islamic kan? haha. contoh je la.

p/s: aku fikir, ada baiknya aku lebih menulis tentang senibina, muzik dan perkara-perkara yang aku tidak terlalu jahil. astaghfirullah.

Tiada ulasan: