Sabtu, 29 Januari 2011

tentang bapak-bapak kita

Wasiat Raja-Raja Melayu

Wasiat Raja-Raja Melayu mengandungi 7 perkara yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tanda-tangan persetujuan mereka ke atas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5hb Ogos, 1957. 7 wasiat itu ialah;

  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama Malaysia );
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU, sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
"demokrasi itu hanya relevan dalam keadaan pemerintahan itu dikuasai oleh orang-orang Melayu. apabila itu terancam maka kita tidak perlukan demokrasi. itulah sebabnya perlu dikekalkan institusi raja. kita tidaklah 'naive', untuk menerima bukan Melayu menjadi rakyat hanya untuk menyerah negara ini kepada mereka" - Tun Abdul Razak, nukilan Tan Sri Sanusi Junid

hampir semua orang islam di tanah melayu adalah orang melayu. bukankah mengancam kedudukan istimewa orang melayu bererti kedudukan islam di tanah melayu juga sedang diancam?

bersatulah wahai orang-orang melayu. tidak kira dari suku mana pun kau. hijau atau merah. bersatulah atas nama agamamu. gunakanlah keistimewaan ini untuk agama dan bangsamu, bukan untuk menzalimi bangsa selainmu. kerana aku masih melihat ini penting sebagai satu alat pemangkin kemajuan umat islam di tanah ini.

untuk rujukan: 1 2

“Islam memandang kebangsaan sebagai alat dan bukan sebagai tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan boleh sebagai satu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu baginya tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagaimana Islam memandang dunia bukan tujuan, tetapi hanya suatu alat atau tunggangan untuk menyampaikan ke akhirat.” - Almarhum Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi

"Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. : Adakah perbuatan ‘asabiyah seseorang itu suka (kasih) kepada kaumnya (bangsanya)? Tidak, tetapi asabiyah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman." - [HR Abu Daud dan Ibnu Majah]


p/s: head of department aku kat uia ni orang iran. kawan aku cakap syiah. takpe lah selagi dia tak berdakwah tentang agama dia. cuma....bila ada masalah, baru kitorang realise yang sebenarnya kalau dia orang melayu, semua akan jadi lebih senang. kerana dia akan lebih faham kita. sebab kita semua orang melayu, termasuk lecturer2 semua; dalam ID. hm.....

Tiada ulasan: