Selasa, 18 Januari 2011

Catat.

1. Kebelakangan ni cuaca tak menentu, kilat sabung menyabung, di suruh berlari tapi bila sedang berlari disuruh berhenti. Akhirnya aku tak peduli lagi. Mahu lari dari sangsi.
2. Masa tak ada masalah, cuma kita manusia yang ada masalah tak ada masa. Memang salah kita, yang memberi masa yang tak pernah ada.
3. Buat banyak dan pelbagai kerja satu masa boleh buat kau hilang konsentrasi, dan akhirnya, tak ada apa yang kau ada dan kau hilang semua.
4. Hakikat guru kini adalah pemakan gaji dari anak-anak muridnya sendiri. Kedua-duanya ada hak. Anak murid ada hak untuk haramkan gaji itu.
5. Jangan berbicara tentang hak, kerana hak itu menghampiri kepada ketidakharmonian. Berbicaralah tentang tanggungjawab, pelihara ia dan pastilah hak-hak itu terpelihara juga.
6. Insya-Allah, aku tak akan berhenti.
7. Astaghfirullah.

p/s: mungkin ini akan aku tulis kalau aku aktif di twitter. haha

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jgn berhenti! die bukan pendidik~

Tanpa Nama berkata...

terus!