Jumaat, 24 April 2009

Surat yang Tersurat


Kehadapan Muhd Nasir Haris,

Puisi itu seni dan seni itu indah. Setiap yang indah perlukan kepayahan dan kepayahan itu pengorbanan. Pengorbanan ini adalah seperti kesabaran berfikir untuk mencari maksud sebenar. Seperti ketika kau ingin melihat pemandangan yang indah di puncak gunung, harusnya kau daki gunung itu dengan sabar. Bahasa adalah estetik baginya. Dan bukan puisi itu terhasil atas sebab untuk kau sulitkan manusia untuk memahaminya tetapi atas dasar untuk mengindahkan makna. Kata yang satu, maknanya seribu. Jadi, puisi itu mampu buat manusia berfikir sejauh-jauhnya. Tiada batas. Kerana ia berkait dgn tafsiran emosi dan perasaan. Ianya halus tapi terang dengan abjad-abjad. Silaukanlah mata penerimanya dengan warna-warna prosa yang cantik.

....

Itu je.

p/s: pagi2 mesti kena berfikir =)

1 ulasan:

moon berkata...

For me, I write to keep me sane. It doesn't matter if everyone hates what I write, I'll still keep on writing because... if not, I'll just breakdown.

Tapi aku juga sangat minat membaca kata-kata orang lain, kerana ia bagai satu jendela untuk memahami sikap manusia.