Rabu, 31 Disember 2008

file://C:\Documents\nasir\Tujuan\My Documents.exe (6 tahun yang lalu)

Kunang-kunang letrik
Hutan-hutan batu
Sungai-sungai hitam
Jangan dongakkan darjah kejahilan ku lagi
Jangan menghempapku lagi
Jangan bawa aku kembali
Bawalah aku pulang

Semburan cahaya lalu
Seakan infrastruktur goyah
Terbina dari dedaun terup
Rapuh dengan teka teki

"Apa cita-cita kau Nasir?"
"Cita-cita?"
"Ya, matlamat"
"Saya nak jadi manusia"

*mereka.mereka.mereka.tertawakan aku*

Antenna emosi menerima frekuensi situasi.
Bingit.
Darah mengalir keluar dari bebuli raksaku.
Sakit.

Maka,
Aku hembuskan taufanku pada mereka,
Lantai.
Dinding.
Kerusi.
Meja.
Papan hitam.
Dan aku hilang dari radar...

Akhirnya,
Aku pun hilang dari radar...

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wardatul Shaukah? Siapakah itu? =D
Lalu di interpretasikan kepada puisi. wah.. puisi yg bagus dan mendalam betul maknanya. saya suka. serius :)

Tanpa Nama berkata...

segala kata2 yg ditulis amat mmberikan mkna pd hati ku..
jatuh cintakah aku?
=)
mungkin tidak...

kenapa tidak pernah kusedari dari dahulu...
ak ingin sekali mengenalimu..
mngkin juga tidak...
tp truskan la segala apa yg engkau perjuangkan..
sesungguhnya DIA akan sntiasa menunjukan jln yg terbaik buat engkau dan ak...
akan menjd insan lemah disebalik dinding konkrit ciptaan manusia menyokong engkau sepenuhnya..
mohdnasirharis....

moqblure berkata...

manusia sebenar-benar manusia...

aku jatuh tergelincir sebentar..

dan setiap saat itu baru..

manusia sebenar manusia..ingin..

sekali lagi....dan lagi..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.