Rabu, 10 Disember 2008

Mimpi

Tatkala bulan hitam merenung aku
Bayang-bayang pun berbicara sinis,

"Kenapa kau yakin sangat?"
"Kerana aku dah lukiskan sedikit permandangan indah di buku kanan."
"Sedikit cukup?"
"Insyaallah"
"Kau tak takut neraka?"
"Tak"
"..."

*aku senyum keyakinan*

"Jadi kau betul-betul tidak takut?"
"Ya. kerana aku tidak beribadah kerana takut pada neraka. aku tidak beramal untuk segunung pahala."

p/s: hidup ini aku anggapkan sebuah mimpi ngeri. sebentar lagi aku akan bangun dan dilarikan dari segala masalah ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh saya tahu kenapa kamu anggapkan hidup sebagai sebuah mimpi ngeri?

nasirharis berkata...

kerana hidup ini payah, kita sentiasa mnginginkn sesuatu yg kita sendiri xmampu dapatkn

kerana hidup yg abadi itu bkn skrg.
lihatlah diri sendiri, diri sendiri ini juga hny pinjam

kerana kita xtau ape yg akn terjadi selepas ini. ia tidak dpt kita jwb dgn tepat

kerana hidup kita disini sekejap tp bole juga dihanyutkn dgn kelalaian

kerana ada yg tidak mahu mati lihat realiti dirinya sendiri

kerana,sebab paling tepat, kerana sy fikir begitu.

=)

Tanpa Nama berkata...

lihatkan blog saya sebentar.
ada saya ulaskan sedikit..