Ku berdiri di antara jalan-jalan
Ku cuba lihat semua
Ternyata aku tak mampu
Aku rabun
Sejauh mana saja yang aku mampu
Masih,
Ku cuba pilih jalan paling sesuai
Jalan yang ku anggap lebih mudah
Dinding keraguan mula mengakar
Segalanya hanya mungkin
Makhluk was-was menertawakan aku
Maka,
Aku cuba membuka mataku
Mencari-cari manisnya yakin dan pasti
Terbentanglah lautan luas dihadapanku
Mana sampan?
Mana kapal?
Jadi,
Aku akan belajar lagi
Cara-cara membuat perahu yg mampu dikawal
Agar ia tetap sahaja bergerak lurus
Stabil dan tidak mungkin terbalik
Kerana aku yakin aku mampu
Selagi ada waktu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan