sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah.
apabila ia ditimpa kesusahan, dia banyak berkeluh kesah.
dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut.
kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.
iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.
dan mereka pada harta-hartanya, ada hak yang termaklum.
bagi yang meminta dan yang menahan diri (daripada meminta).
- surah al-ma'arij