apabila menjadi kebanyakan itu tidak lagi memuaskan,
maka kota-kota dipenuhi dengan jiwa-jiwa kekusutan.
kita yang merosak hidup kita
kita bina syurga
kita lepaskan ular berbisa
biar semua sengsara
ketahuilah,
tidak menjadi nombor satu itu tak apa
tidak menjadi kaya itu tak apa
tidak menjadi popular itu tak apa
tidak menjadi hebat itu tak apa
jika ada seorang yang menang, pasti ada seorang atau lebih banyak yang tidak menang.
jika ada nombor satu, pasti ada nombor dua, tiga dan seterusnya.
jika hanya yang sedikit itu sahaja yang gembira, dunia apa yang ingin kita bina?
maka, pilihlah untuk merasa cukup walau 'hanya' dengan menjadi biasa-biasa.