Luar sana ada ramai manusia
Mereka gembira bersuka ria
Dan mereka menghirup hidup dengannya
Tanpa kepayahan, kau takkan berjaya
Waktu-waktu ini aku sering tertanya
Adakah yang ramai itu manusia
Kerana manusia itu akal kuasanya
Tanpa akal, kau hanya seekor manusia
Namun, aku juga sering tertanya-tanya
Tentang manusia yang bertuhankan akalnya
Bersungguh-sungguh berlari mengejar dunia
Sehingga mereka terhenti melihat bumi yang sudah tua
Dengan akal manusia mula mencipta
Sebuah sistem yang sangat sempurna
Berfungsi memberi keadilan pada semua
Sempurna, atas korban merata rata
Manusia memang lazim dengan kejahilan
Ia tak hilang, hanya dimodenkan
Disinilah mereka gunakan akal fikiran
Supaya kejahilan itu menjadi ikutan
p/s: mungkin aku benci manusia, tapi tak bererti aku benci kemanusiaan