Detik-detik makin berhampiran
Memecut meninggalkan manusia yg berusaha
Walau mereka terkadang leka dan alpa
Kerana atas bumi pastinya ada langit2
Kebenaran itu ada dua permukaan
Kita hanya berupaya lihat satu
Seperti,
Kau yang xkan pernah tahu hakikat langit
Jika kau xpernah melihatnya dari atas
Masa tetap berlari dengan konsisten
Sehingga kita tiada lagi masa
Untuk kita menganalisa
Melihat hakikat menembusi batasan
Lalu membuat kebenaran itu sempurna
Lalu menghasilkan satu dlm berjuta
Tapi
Manusia masih perlu bertanya "kenapa"
Berhenti lalu mencari-cari dengan teropongnya
Ketahuilah
Ilmu kau itu berbatas
Pada masa...
Dan upaya...
p/s: dicatatkan didalam bas ketika bermusafir ke melaka. skrg di hotel. indah.
Sabtu, 31 Januari 2009
Khamis, 29 Januari 2009
Warna.exe (Trojan Horse BackDoor)
Di hari-hari mendung kamu
Jangan kau bakar serinya dengan tangis
Telah ku campak jauh janji dahulu
"Suka kau, duka kau
Riangku dan tangisku jua"
Aku pelupa, terlalu pelupa
Kau pun harus lupa juga.
Aku pergi tak ke mana-mana
Mungkin, tiada di depan kamu
Tapi aku masih dibelakang kamu
Jangan kerap pandang belakang
Teruslah fokus kehadapan
Endahkn saja manusia lalu
Sesungguhnya
Telahku robek-robek hati buta itu
Hingga isinya tidak ku kenal lagi
Virus ini tegar kuasanya
Jika kau itu bukan pelupa
Ingat lah saat yg ini
Ketika itu,
Ketika matahari kita terbenam
Kenapa tidak kau lambaikan
Ucap,
Selamat tinggal.
Selamat tinggal dunia.
p/s: mengembalikan kedudukan organ ke asalnya. alhamdulillah
Rabu, 7 Januari 2009
Cerita "kenapa" aku
Dari sebuah penjara yg gelap
Sedalam-dalam jurang lautan
Aku berada disitu
Dilihat aku oleh engkau yg menarik
"kenapa kau tak mahu keluar?"
"..."
"ikutlah"
"..."
Bukan aku gila
Bukan aku ingin jadi makhluk asing
Bukan...
Meski aku mencari-cari bukuku
Meski aku dalam keasingan
Realiti yg kau rakamkan
Realiti kau
Bukan realiti aku
Lensa kau
Bukan lensa aku
Memang...
Memang semua akan lari bila berpeluang
Ini peluang aku
Ini cerita kenapa aku.
Kenapa aku masih disini
Enggan ikut jasad kau yang berbicara
Dan membuat aku jatuh
Dan jatuh.
Dan jatuh lagi..
Dan jatuh lagi...
Biarkanlah...
Sehinggalah mukaku mencium bau lantai
Dan maut buat kali keberapa kalinya
Bangkitlah aku selepas itu
Dan melarikan diriku
Dengan kereta kebalku sendiri
Dan aku tidak bersendirian
Sedalam-dalam jurang lautan
Aku berada disitu
Dilihat aku oleh engkau yg menarik
"kenapa kau tak mahu keluar?"
"..."
"ikutlah"
"..."
Bukan aku gila
Bukan aku ingin jadi makhluk asing
Bukan...
Meski aku mencari-cari bukuku
Meski aku dalam keasingan
Realiti yg kau rakamkan
Realiti kau
Bukan realiti aku
Lensa kau
Bukan lensa aku
Memang...
Memang semua akan lari bila berpeluang
Ini peluang aku
Ini cerita kenapa aku.
Kenapa aku masih disini
Enggan ikut jasad kau yang berbicara
Dan membuat aku jatuh
Dan jatuh.
Dan jatuh lagi..
Dan jatuh lagi...
Biarkanlah...
Sehinggalah mukaku mencium bau lantai
Dan maut buat kali keberapa kalinya
Bangkitlah aku selepas itu
Dan melarikan diriku
Dengan kereta kebalku sendiri
Dan aku tidak bersendirian
Langgan:
Catatan (Atom)